Monday 11 July 2011

Qayyum Zakuan

budak kecik ni bukan anak kandung aku..tapi masih mempunyai pertalian darah malah bile besar kelak..boleh menjadi wali kalau aku bernikah...
Qayyum merupakan anak ke empat abg aku (uda) dan my SIL (kak lin)..
dari hari pertama hinggalah habis pantang, aku sama-sama menjaga qayyum..malah tido pun bersama-sama..sampai orang datang ziarah ingat aku yang dalam pantang...
waktu kak lin mengandungkan Qayyum, aku memang rajin ulit perut kak lin..bercakap-cakap dengan qayyum..sangat suka melihat qayyum menendang perut ibunya...
wah..aku yang sangat over..
qayyum memang aku jaga betul..bila kena kuning, aku la yang p hantar die hari-hari p klinik..aku ngan uda muka memang berlainan..sampaikan makcik-makcik dan nurse yang tak mengenali aku ingat kami suami isteri, siap ada sorg makcik marah kat aku jalan laju-laju dalam pantang...hehehehe..pengalaman..
aku rajin bagi qayyum dalam hari air rendaman kismis, bg die buah kurma dan anggur hijau..hasilnya..Qayyum memang anak yang cerdik..malah sangat menggemari kismis..
Qayyum memanggil aku "mamy", sedangkan abang-abang dan sepupu sepapatnya memanggil aku andak..kalau ada orang panggil aku andak..qayyum mesti marah..die ckp..bukan andak la..mamy..
bulan depan qayyum menginjak usia 4 tahun, dan bakal bergelar abang andak..bile kite nak ajar die dipanggil abang chik pasal die rendah..die x mau..die ckp yum abg ndak...
aku rajin mengaji dan mengalunkan zikir di telinga Qayyum diwaktu magrib..mungkin kerana itu qayyum sangat akrab denganku..keakraban sehingga qayyum menjadi anak yang sangat kuat merajuk..sebukan x jenguk die..die langsung x nak cakap ngan aku di telefon..kalau call..pasti die jawab " ayyum ajuk"...emmm..rindu betul pada budak kecik ni..
nama Qayyum merupakan nama cucu terakhir yang diberikan oleh arwah mak...jenuh juga mencari nama qayyum..sebab uda nak letak nama "salahudian Ayubi" tapi kak lin x mau..sudahnya arwah mak yang bagi nama Qayyum selepas menonton cerita berkenaan seorang peguam mualaf yang berusaha menjadi muslimin sejati..zakuan pula, adik aku yang bagi nama..pasal waktu tu die tengah giler kan pasangan pemain bola sepak kembar tu..


arwah mak suka panggil qayyum.."ya haiyu qayyum"..
gambar terakhir kami di rumah lama..arwah mak memegang qayyum yang waktu itu baru lepas hari..tapi alhamdulillah..qayyum masih mengingati arwah atoknya..bila aku tanya ni sape yg pegang ayyum..die akan jawab atok la..
Qayyum sangat suke bila aku marah, aku panggil die "muhamad qayyum zakuan bin mohd kucham bin mohd salleh bin mustafa bin musa!!!!"
ingatkan die x tau sape mohd salleh tu, rupenyer bile ibu die tanya die ckp "tu atok ayyum la"..
geram sungguh kalau si kenit tu bercakap..x padan dengan pelat..
esok plan nak p rumah abang selepas habis waktu kerja..dh sebulan tak ke sana..budak kecik tu mmg x nak langsung cakap ngan mamy die ni bile aku call..
rindu nyer pada die..
"Mamy doakan, Qayyum membesar jadi anak yang soleh, anak yang menghormati ibu bapa dan orang tua, yang patuh pada suruhan agama.."
Amin..

No comments: