Friday 8 July 2011

Plan fOR tODAY

Alhamdulillah..
di Jumaat yang barakah ini..aku masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati keindahan dunia..
Hari ni, aku bercadang untuk bekerja separuh hari sahaja, berikutan mahu melunaskan segala hutang-hutang bulanan dan membawa kak long berbelanja barang2 dapur..ye..setiap bulan 2 minggu awal adalah giliran aku untuk membeli keperluan dapur..dan 2 minggu berikutnya adalah giliran kak long..
sudah hampir 2 tahun aku meneruskan kehidupan bersama-sama kak long dan keluarganya..dulu ada adik turut bersama kami, namun setelah adik menjawat jawatan sebagai guru tadika..maka tinggal lah kami berdua sebagai waris mak abah yg mendiami rumah pusaka...kami 5 beradik yg masih hidup. 2 lagi sudah meninggal dunia..walaupun sudah hampir 2 tahun kami menjadi yatim piatu, namun aku sangat-sangat bersyukur padamu Ya Allah, atas kesepakatan kami. Alhamdulillah kami tiada masalah dalam pembahagian hak dan harta peninggalan mak abah yg tidak banyak mana..kami masih sepakat dalam pemberian hasil kebun mak abah...masih lagi saling bantu membantu antara satu sama lain..dan mudah-mudahan Ya Allah..kesepakatan ini, kasih sayang ini sentiasa mekar dan erat di kalangan kami dan waris-waris kami....
Amin..
dan mudah-mudahan hari ini berjalan seperti apa yg dirancang..

No comments: