Sunday, 28 August 2011

Akhirnya

Alhamdulillah..akhirnya abang aku balik juga berpuasa bersama aku..kebetulan juga, adik aku balik hari yang sama..cuma uteh je yang xde..tapi xpe gak..sebab dah merasa berbuka puasa bersama uteh..
hari tu makanan memang banyak..kak long rajin buat lontong, cencaru masak terutup, aku pula bawa bubur lambuk, bihun dengan  mee goreng dari program petang tu, kebetulan juga tokei tempat kak long keje bagi kitorang juadah macam pagi raya..tokei die memang macam tu..belum raya lagi die dah siap-siap bagi jiran-jiran juadah pagi raya..die cakap ..senang, pagi raya dah x kelam kabut nak siap-siap bagi juadah pada jiran-jiran...family aku x ley wat macam tu..sebab pagi raya kompem kena masak lagi..





yang ni pula sesi tarbiah adik aku ngan anak uda yang sulong..Muhamad Ali Imran..
kena tarbiah pasal die nak UPSR tahun ni..adik aku kalau tarbiah cara lembut..maklum ler..ustajoh the making la katakan....aku plak kalau tarbiah..mau berdarah telinger...
bak kate kak long.."mak tiri"...huhuhuhuhu


yang bawah ni pulak..aku jumpe gambar diorang dalam kamera ni ha..adik aku memang pantang aku tinggal kamera..kompom la penuh ngan gambar die berangan jadi model....
tapi yang aku x puas hati..diorang beli jubah x bagitau aku...wawaaaaaaaaaaaaaaaaa...
mengelat...kak long ngan adik aku ni memang tau..kalau berdua p shopping gerenti ada baju x pun kain baru yang diorg beli...aku gerenti tertinggal...
oooo..mentang-mentang mak dh xde..korang buli jiwa raga aku ek...huhuhuhuhuhu


yang ni pulak, diorang tengah buat persiapan untuk esok..anak-anak kak long tu baru belajar buat sarung ketupat..adik aku plak rajin buat tumpi..yang kak long buat tu..bukan daun pisang untuk wat lemang tau..tu semua daun pisang nak buat burasak...
mak lum ler ada susur galur darah Daeng Marewah pahlawan Bugis tu..


aku??? camne nak tolong...aku keje hari ni..cam biasa tiap-tiap tahun..tugas aku menyiang segala daging, ayam dan barang-barang basah..so tugas-tugas tu akan bermula esok pagi..tahun ni x nak amik tender memasak..bagi kat kak long ngan adik..aku nak relex..sangat pemalas..rajin kan aku?? rajin x??? sape cakap x..x nak bagi duit raya...


Bubur Lambuk

Jumaat Lepas (26hb) diadakan program bubur lambuk dan kacau dodol di rumah salah sorang aktivis kampung aku ni..
ingatkan buat setempat je, memandangkan hujan turun renyai-renyai..dan kerana bimbang bubur lambuk akan dipenuhi air hujan berbanding bubur itu sendiri..so acara masak bubur lambuk dipindahkan ke rumah aktivis lain..
so disebabkan aku ni keje ngan komuniti, so kena la sama-sama menjayakan program..
siap-siap masak bubur lambuk, pegi pula jenguk orang wat dodol..la rupenyer kacau guna mesin je..ingatkan kacau cara tradisional..hehehehehe
dan aku ingatkan bagi bubur lambuk sahaja, rupanya sekumpulan makcik-makcik sedang menggoreng bihun dan mee goreng untu diagihkan sekali bersama bubur lambuk..
so dalam pukul 5.45 tu..acara bermula..
malas cakap banyak..tengok gambar je la ye..
maaf la kualiti gambar sangat tidak memuaskan..guna tepon cabuk aku je..
















YB balik je..kami cepat-cepat mengemas pula..sebab masing-masing nak balik berbuka puasa bersama keluarga..program tamat jam 6.45petang..alhamdulillah...program berjalan dengan lancar..

Friday, 26 August 2011

Kembara Ramadhan

Ahad lepas, aku joint PUTERI Parlimen Pengerang dalam Program Kembara Ramadhan..
aku ni x la aktif mana, cuma ada la kesedaran sikit dalam diri ni untuk terus pertahankan apa yang sedia dinikmati sekarang..

so aku amik EL pasal kawan aku bagitau pun last minit, mula-mula memang malas nak join, sekali fikir-fikir yang sepanjang bulan puasa ni, apa pun majlis Tadarus ngan majlis buka puasa semuanya aku x melibatkan diri..dan disebabkan program Kembara ni program menyampaikan sedikit cenderehati dan sumbangan kepada wanita-wanita di kawasan kami yang memerlukan..so aku ikhlas kan diri untuk turut serta..
mujur la kami dipecahkan mengikut DUN..
dan bermulalah Kembara kami di Kg aku sendiri..
x semua penerima tu aku ambil gambarnya, tau je la..kekadang tu kusyuk mendengar masalah mereka..
so ni la antara gambar-gambar yang sempat aku tangkap sepanjang kembara..
jangan tanya mana gambar aku..dah aku yang tukang petik gambar so memang la gambar aku tu nan ado...




 kami konvoi sebanyak 5 kereta sahaja


kalau ikutkan semua rumah yang kami pergi tu, kalau tengok fizikal memang la dalam hati akan bertanya-tanya..rumah besar pun dapat bantuan??? tapi kena la fikir positif..yang besar tu rumah mak ayah mereka..kesemua penerima menumpang di rumah keluarga...cuma sorang je yang duduk rumah sendiri..dan rumah itu sangat daif..insaf..
ini lah antara penerima sumbangan, rata-rata terdiri dari ibu tunggal, ibu tinggal, OKU dan keluarga yang kurang kemampuan...



lepas kembara menyerahkan sumbangan, kami bergerak ke Papan Timur..untuk bungkus pula bubur lambuk..

mengepak sekali ..bungkus bubur lambuk..

lepas zuhur, kami bergerak ke Tol Desaru..untuk penyampaian bubur lambuk dan bendera malaysia kepada pengguna Tol..sangat mencabar sebab terpaksa mengangkat berkotak bubur lambuk dari parking ke tol..boley tahan la jauh..panas terik pulak tu..
mula-mula ingatkan x ramai pengguna tol..alhamdulillah..x sampai 1 jam..selesai pembahagian bubur lambuk dan bendera malaysia...





dan sepatutnya petang tu program diteruskan lagi dengan program berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Air Tawar 4...tapi aku x pergi..flat habis..

Alhamdulillah..walaupun peranan kami tidak banyak mana, tapi kami berkongsi kegembiraan dan sedikit rezeki yang ada untuk diagihkan bersama orang-orang yang memerlukan..
dengan mengikuti program sebegini, menjadikan aku insan yang lebih mensyukuri akan segala nikmat yang aku kecapi dari aku kecil hingga lah sekarang..dan semoga segala kenikmatan hidup dan kesyukuran ini terus dinikmati oleh generasi seterusnya..

Thursday, 25 August 2011

Mengidam...

Tau je la..bile puasa ni..nak-nak cuaca panas..mula la tekak mengidam macam-macam..kalah orang ngandung..
dah seminggu ni dok ngidam nak makan puding santan..

camni ke...

atau yang ni ke..

yang ni pun sedap je..

yang ni pun sama..

yang ni lagi menggoda..

yang ni meriah warna..


emmm..dekat sini xde la pulak yang jual puding santan..kuih muih lain banyak la..
semalam konon-konon nak manja-manja ngan kak long..budget die nak la buatkan aku puding santan tuk buka pose...emm..mimpi je la..nan ado..yang dapat cuma ni je ha..
"nak makan masuk perut sendiri pun malas..x geti bersyukur betul"
( T_______________T)
padan muka aku!!!!

agak-agak ada x yang baik hati nak buatkan aku puding santan????




Wednesday, 24 August 2011

M.E.R.A.J.U.K

hari ni lancarkan mogok ngan uda..
aku merajuk..

budget muka sendiri cute miut macam ni la kalau merajuk...

Punca merajuk???
mana la tak merajuk..dah nak habis puasa dah..satu hari pun x dan nak balik sini buka puasa sama-sama..
balik belah isteri die dah 2 kali..aku dh pegi umah dia buka puasa kat sana..kak long pun dah 2 kali buka puasa kat umah die..die xde makna nak balik umah..dah la tinggal 5 beradik je..dia la satu-satunya abang yang aku ada..tu pun payah..macam die duduk nun jauh kat Perlis..padahal dari rumah die ke umah pusaka mak abah ni x sampai pun 1 jam...sentap tul...kang kalau aku cakap banyak kang..mau terbakar telinga..geram tau..

tetibe tadi die SMS cakap nak balik buka puasa Jumaat ni kat sini...
ahhhhhrghhh...dh terlambat..aku dah merajuk..
mengade kan...??

Budget abang aku call la pujuk-pujuk aku...Biasanya dia kalau aku sentap..kang die call pujuk....sangat mengade-ngade.. manja la konon...

tapi kan.....

nan ado die call...

huhuhuhuhuhu........
ni mesti kes abang aku xde kredit...
huhuhuhuhuhu.......
nasib ko la badan...sendiri merajuk..sendiri la pujuk...
( T _____ T )

Tazkirah Ibu Bapa

untuk entry yang i..aku dapat dari FB Blog Teh Secawan

Sebagai panduan dan renungan bersama,...

Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada  di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah  basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh  menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah  mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah  bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang  sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."  

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah  sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah  telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah  itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah  hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala  Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"   

Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Renung-renungkan...dan pada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan ayah..berbaktilah kepada mereka sebaik mungkin..selagi mereka masih ada di dunia...dan pada ibu bapa yang telah tiada..doakan lah kesejahteraan mereka di alam sana...sesungguhnya mempunyai Ibu dan Bapa merupakan Nikmat dan kebahagiaan yang tidak terhingga...

Buat Mak dan Abah...Al-Fatihah...damailah di sana..Anak-anak mu ini..sangat-sangat merinduimu...

"Ya Allah, kau ampunkan lah dosa ibu bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami, tempatkan lah mereka di kalangan orang-orang yang beriman.."
Amin..

Saturday, 20 August 2011

Iftar bersama

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga IFtar bersama staf PJK Kota Tinggi, even hanya 8 orang sahaja yang hadir..walaubagaimanapun...Ceh macam wat karangan sekolah...ada yang membawa pasangan, kawan , mak, adik serta anak..so total yang hadir semalam 15 dewasa, 2 kanak-kanak dan 1 anggunz remaja..(aku la tu)..hehehee

Kami berbuka puasa di Lotus Desaru

Lotus Desaru Beach Resort


Makanan??? Boleh la..sampai penat asyik ulang alik ambil makanan..
First time cuba murtabak burung unta..Not bad gak rasa die..tapi yang paling best adalah laksa penang..superb..
malas nak cite banyak..tengok je la gambar yg sedia ada ni, tu pun cilok dari FB Mus dan Zila..










kami celebrate Birthday ikin sekali..besar dah anak mak ye..hehehehe





muka puas hati..borak-borak macam x ingat esoknya masih kerja..


Alhamdulillah..ada rezeki kita buat family day pula...mudah-mudahan ukhwah ini berpanjangan...Insyaallah..
Amin..