Tuesday 12 July 2011

Alahai jiran

malam tadi aku mengalami gangguan tidur..bukan gangguan makhluk halus..tapi gangguan dari jiran yang mempunyai speaker yang tak tahu diperlahankan walaupun jam sudah menunjukkan 12.30 malam...
x salah kalau mahu menonton cerita, tapi tolonglah tolak ansur pada jiran-jiran anda..kalau siang hari kami x kisah..tapi di tengah-tengah malam...???
malam tadi niat nak tidur awal berikutan sakit kepala sepanjang hari..tengah sedap-sedap tido..dikejutkan dengan bunyi macam cerita perang..tapi dengar macam orang mengaji ..tapi sungguh hiruk pikuk..x tau la diorg tengok cerita apa..dah la bilik aku bersebelah betul dengan ruang menonton mereka..agak-agak la....toleransi sesama jiran...
sabar je la..arwah mak ajar kami toleransi..sabar..tapi x tau la mana arwah mak dapat kekuatan dan kesabaran macam tu sekali...
hampir hilang sabar juga aku..walau telinga di tekup bantal..masih boleh dengar speaker diorg...sabar je la..
"Ya Allah, kau buka kan la pintu hati jiran ku, agar tahu bertoleransi sesama jiran tetangganya yang lain.."
Amin..

No comments: