Saturday 26 November 2011

Awal Muharam

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
 credit to zanas.wordpress.com

Thursday 24 November 2011

hari ni dah 24hb, minggu depan dah sibuk dengan report dan persiapan untuk Karnival Jalur Lebar...lepas tu disambung pula dengan Kursus bersama pihak IRDa selama 5 hari...then, bila masa aku nak mula key in data ni???
ikutkan, aku dah rancang untuk mulakan kerja pada minggu ini, tapi pihak penyelia minta aku tunggu die semak semua borang yang diterima, peh..ikutkan pihak sana minta siapkan dalam bulan depan, tapi kalau sampai hari ni gak satu apa data pun x dapat, camno nak siapkan beribu-ribu data yang menunggu tu...
dan yang paling menyenakkan..macam penuh pula jadual tuk bulan Disember..., mana sepupu nak kawen, mana Uteh nak pindah..
sebut pasal pindah,
Uteh, kakak aku yang lagi sorang ni, nampak gaya berhijrah nun kat pantai timur, nak wat camne..husband die diarahkan bertugas ke sana..maka, kami ni berbelah bagi, dari satu sudut happy..pasal pas ni boleh la jalan jauh-jauh sikit..tapi sebelah lagi rasa unhappy plak..
mau nyer x sedih..pasni jarang-jarang la dapat jumpe si kembo...kalau raya pun kompom cuti bagi 2..mana nak balik pahang, mana nak balik johor..maka telefon je la jadi tukang penyelamat...
tapi paling kesian my sis la..jauh pulak die ke sana..
harap-harap my sis ngan family ok dan dilimpah rezeki kat sana..
dan harap-harap..sekali pun jauh di mata, di hati kami 5 beradik sentiasa terkaup rapat..
ni pun aku tengah pening, nak p hantar ke sana, sape pulak yang nak teman aku drive jejauh...nak harap adik, adik pulak dah naik keje...
emm..malas la nak kusut-kusut kan kepala..aku percaya, kalau niat tu baik, pasti ada jalan yang Allah tetapkan untuk kebaikan semua orang..betul x??

ni la kampung baru tuk si kembo..

Saturday 19 November 2011

UPSR

khamis lepas keputusan UPSR 2011 diumumkan..
salah seorang dari legasi mak abah dan waris keturunan menghadapi peperiksaan terbabit..
disebabkan tuan punya badan,  anak yang sulong..yang namanya seperi nama salah seorang mujahidin islam..maka kami semua teruja untuk mengetahui apa yang beliau dapat..
kami memang la tidak mensasarkan hingga ke atas langit..cukuplah sekadar dengan kemampuan..
keputusan yang diperolehi tidak sama seperti tuan empunya badan sasarkan...
kata MY SIL..tuan punya badan sangat putus asa..termenung di sebalik kegagalan beliau mendapat keputusan yang lebih baik...
kesian pula bila mendengar..
lantas aku bercakap dengan tuan punya badan...belum sempat aku bercakap..tuan punya badan berkata "ye abang tau..abang dah insaf"...
hehehehehehe..
x sampai hati pula nak marah..so aku telefon adik suruh tarbiah kan sikit...pasal my sis ni sangat pandai tarbiah kanak-kanak..nama pun cikgu tabika kan...
xpe la along, ada masa untuk baiki diri..perjalanan hidup along masih panjang..
gagal sekali x ber erti gagal sampai ke penghujung...tapi ingat..kejayaan tak datang bergolek..kejayaan seiring dengan usaha, doa dan tawakal..
usaha lagi...walaupun along hanya dapat 1A 3B 1C..xpe..usaha lagi..
doa andak dan semua ..agar semua anak-anak buah andak..berjaya di dunia dan akhirat...
Amin..
"Muhammad Ali Imran Bin Md Kuc'ham"

Friday 18 November 2011

Yang Besar dan yang Kecil

minggu lepas minggu yang penuh dengan hari-hari yang menguji tahap kesabaran, ketabahan dan kekentalan jiwa dan sanubari aku..
minggu yang menyebabkan aku terkejar-kejar ke sana-sini..
minggu yang membuatkan aku ber'bahas" dengan seseorang..
minggu yang membuatkan aku pecah kepala untuk memberikan ucapan..
minggu yang membuatkan aku terpaksa menjadi bidan terjun menghadiri kursus dikala teman-teman yang lain indah bercuti..
minggu yang membuatkan aku berkenalan dengan rakan-rakan baru..
dalam kesibukan ini juga..sesuatu terjadi dikalangan kami..
gara-gara "mulut"..
gara-gara mulut yg tidak pernah setuju dengan hati dan akal..
atau mungkin gara-gara hati yang selalu bertelagah dengan rasa kasih sayang..
atau mungkin gara-gara kasih sayang yang telah berbelah bagi..
atau mungkin kerana sayang itu sendiri telah berlalu pergi...
wai ma apa sekali pun..
sebenarnya punca sangat kecil..
tapi diperbesarkan oleh mulut yang sangat suka menokok nambah ..
yang menjadikan sesuatu yang kecil itu menjadi begitu besar...
dan menyebabkan yang besar berfikir mereka lebih berhak dan berkuasa untuk menentukan segalanya...
yang besar berpendapat..yang kecil wajib menurut perintah dan wajib untuk menjaga hati mereka dan wajib untuk beralah sentiasa...
tapi silap..
ye..mungkin besar No2 kecil hati sedikit..maka besar No 1 menambah perisa..dan dibantu oleh perisa-perisa dari generasi besar No1 berikutan ketidakpuasan hati apabila kecil No 5 tidak mahu menurut perintah..
paling aku kesian adalah Kecil No 5 kerana terpaksa dan sentiasa berada dalam keadaan serba salah..
besar no 3 pula hatinya kecil..mudah mengalirkan air mata...dan kadang-kadang terlalu beralah..besar No 3 lembut hatinya..walaupun degil..MasyaAllah..
apabila besar No 2 kecil hati..maka besar No 1 mula memarahi besar No 3 dan Kecil No 5..tanpa pengetahuan kecil No 4...
tapi nama pun darah yang sama..apa yg berlaku kecil No 4 pasti tahu..dan selalunya kecil No 4 la yang selalu menjadi orang tengah...
walaupun sehingga kini masih ada rasa rajuk..rasa marah..rasa tidak puas hati di antara yang kecil dan yang besar...
namun harapan kecil No 4..agar yang besar dan yang kecil terus berpadu...
kecil no 4 telah berjanji dengan yang melahirkannya..agar sentiasa menjadi pendamai dan menjaga mana-mana yang besar apatah lagi yang kecil..
ye..kecil No 4 sentiasa bertekad..sekiranya sesuatu berlaku..kecil no 4 akan bawa kecil No 5 jauh dari mereka-mereka yang besar-besar..
walau apapa pun..doa kecil No 4 dan Kecil No 5...Besar No 1, Besar No 2, Besar No 3 , Kecil No 4 dan Kecil No 5 sentiasa erat berpegangan..agar bulatan yang ditinggalkan akan tetap bulat dan bukan menjadi segi...
Mudah-mudahan Ya Allah..
Kau Kabulkanlah hasrat dan impian kami..
Amin...

Thursday 10 November 2011

K.E.C.E.W.A

hari ni aku rasa down sangat..
kecewa habis..
putus asa..
macam-macam la..
rasa sangat-sangat tidak adil..
rasa sangat-sangat tidak dihargai..
rasa sangat-sangat sakit hati..
rasa sangat-sangat kecewa..
dan macam-macam rasa lagi..
tapi..
selepas berkongsi duka dengan seseorang..
selepas mengalir air mata sorang-sorang...
selepas muhasabah diri..
selepas fikir kembali usaha diri..
selepas nilai diri sendiri..
xpe la..ambil yang positif saja
buang jauh-jauh yang negatif..
walau terasa sangat tidak adil..
dan sangat tidak berpuas hati...
xpe la..
ada masa lagi
untuk tunjukkan bukti..
bahawa segala tanggapan itu salah..
mudah-mudahan..
aku diberi kekuatan..
aku diberi semangat tinggi..
aku diberi kecekalan..
aku diberi kekentalan..
dan mudah-mudahan..
masih ada pelangi dan sinar sang suria..
dalam segala usaha yang ku curahkan...
mudah-mudahan..

Insyaallah..amin..

Tuesday 1 November 2011

Majlis Konvokesyen UTHM Kali Ke 11

sedia maklum..31hb November 2011 merupakan hari anak buah yang paling sulong menerima skroll Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Alam Sekitar..
nampak sangat bertambah-tambah tua rasanyer diri ni...
kronology perjalanan kami bermula pada 30hb...
bergerak dari rumah jam 11.00 pagi berikutan menunggu anak buah balik dari kerja..
kak long ngan abg long ke kota tinggi dahulu..dengan tujuan p cuci kereta anak dia yang dh macam tepung gomak..maklumlah..orang keje site..kete x pernah nak berkilat...
aku pulak teruskan perjalanan ke Plaza Tol Kulaijaya...janjinya nak berkumpul ngan kete kak long di sana..tapi lapar la pulak..so amik keputusan lunch kat Tesco Kulai...
pastu barulah meneruskan perjalanan ke Batu Pahat...
my passanger..yg x tahan bau aircond..hazab pewangi Damak diorg sembunyikan..

aku kan x pernah drive jauh-jauh..maka rasa cuak dan jakun tu tinggi...hehehehe..
dekat rupenyer Batu Pahat ye..maklum ler..selama ni asyik jadi penumpang je..la ni jadi pemandu...mula-mula sangat takut-takut apabila si Damak meluncur laju..tapi lama-lama aku plak yang over...tapi bila meter cecah 140..sendiri rasa cuak...so maintain kan je 110...selama ni pening gak mikir..awat la tuan tanah kembar Damak memecut sampai 140...rupenyer memang x terasa sangat bila dah memecut ni..almaklumlah..masa bawa si kenari dulu..meter cecah 100 je kenari dah gigil-gigil...
tapi masih belum seberani tuan tanah kembar Damak si JMJ tu...tuan tanah die lagi terror beb...(^__^)
kami menginap di rumah rehat kerajaan..boleh la dari xde..ni anak buah punye keje la..suka sangat buat keje last minit..sudahnya tempat menginap kemain jauh dari kawasan universiti...rate tempat menginap??? dalam 2 * je...murah je kan..satu bilik rege die RM58 je..jadi lah..tempat nak tido je kan..bukan nak cuti honeymoon ke apa...

 kondisi tempat menginap...bilik kami bersebelahan..

lepas check in..bergerak pulak ke BP Mall..x shopping pun..semata-mata nak beli kasut tuk abang long..kasut die boleh pulak tertanggal tapak ngam-ngam sampai ke tempat menginap...
berebut makan rangka ayam..dh macam pelarian plak..

sekejap je kat BP Mall, disebabkan dah tahap kebulur..maka kami mencari la restoran steamboat yang anak buah syorkan sangat..dah la jauh..sekali restoran tu tutup..bengang x bengang..kebanyakan restoran yang die syorkan pergi tu tutup..xde rezeki kami..last-last makan di satu tempat namanya apetah..Gazebo_ _ _
not bad masakan die..dan murah pun murah..
kami makan siakap stim lemon, sambal ayam, sayur campur, sop tulang, telur dadar ngan nasi 2 bekas tu tuk makan 5 dewasa 1 kanak-kanak just RM60 sahaja...
lepas makan, aku ngan anak-anak buah ke parit raja semula tuk beli pulak rangka ayam goreng..gara-gara anak buah bawa sikit masa jumpa di BP Mall..kami pun teruja tuk jadikan kudapan di tempat menginap..pastu p beli buah pulak...sampai tempat menginap, gosok baju terus membuta...ala..x nyenyak mana pun, maklum la tempat baru..badan aku ni lain sikit...kalau beralih tempat tido je..mula la payah nak lelap, payah nak nyenyak tuk malam yang pertama..masuk malam-malam seterusnya gerenti dah ok semula..masa tu apa jenis bunyi, apa jenis gaya pun dah x sedar...tau-tau dah pagi...($_$)
disebabkan anak buah punye majlis belah pagi..so cam biasa mak dia aka my kak long over excited..anak sulung la katekan...masa aku konvo dulu arwah mak je yang pegi..pasal kos tinggi..air asia masa tu lum lagi keluar pakej2 murah x hengat tu...
so kul 6.30 ngam-ngam kitorang check out...xde sape pun kat kaunter nak pulangkan kunci, nasib baik la ada yang sedar...so xde la kami ni nampak cam orang lari...
aku ni peneman merangkap driver je sebenarnya...so xde la excited mana...
lenguh cik bon menunggu majlis anak buah selesai...dah selesai majlis, p bergambar pulak, pastu p pulang jubah, amik transkrip, p pesta konvo...
lepas tu baru gerak ke air hitam..ingatkan nak belikan Damak aksesori baru..x banyak yang berkenan pulak..sudahnya belikan bolster mini gambo monyet...jadilah wat kenangan...
pastu baru gerak balik umah..hujan lebat la pulak sepanjang perjalanan..ada sampai tahap x nampak jalan kat depan..kat highway mana ntah..dah ade kereta yang masuk longkang, dah ada yang dok sondol sesama sendiri...
Alhamdulillah...kami selamat sampai umah sekitar jam 6.00 petang...disebabkan letih memandu la kononya, maka semua orang tido awal..jam 9 umah dah gelap gulita..
tepat jam 12.00 malam..dapat panggilan kecemasan..yang mengguji tahap keberanian aku...yang ni aku cite entry kendian ek..nak bagi korang tatap gambo sepanjang majlis anak buah..ngan gambo-gambo aku, dia dan mereka yang perasan cun, macho x hengat..







tuan tanah harus terlebih poyo..:p

apa pun..TAHNIAH BUAT ANAK SAUDARAKU MOHD HAMIZI BIN HAMIDON...
MUDAH-MUDAHAN TIDAK LUPA PADA ASAL USUL DAN KELUARGA..NAK JADI IR..HATI KENA KENTAL, KEJE KENA TEKUN, TEKAD KENA PADU, SEMANGAT KENA TINGGI...MAK ANI DOAKAN, MUDAH-MUDAHAN HAJAT DAN HASRAT YANG BAIK TU TERMAKBUL..INSYAALLAH..AMIN..