Thursday 29 December 2011

banyak benda nak di luah..
banyak cite nak dikongsi..
banyak benda nak di beri..
sian blog ni..bersawang..berdebu..penuh ngan sawang...
sama la..cam dinding bilik tuan empunya blog...
tapi bilik dapat special treatment..
maka berseri semula..
ceria semula..wangi semula...
damak lagi la kesian..
berdebu sekali...
xpela damak..
i pakai bedak..
u pulak..pakai tepung gomak...
xpe..xpe..bila terluang ..
blog ni pun akan dapat extra special treatment...
tapi...
x tau la bile....
hikhikhik..

Saturday 26 November 2011

Awal Muharam

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
 credit to zanas.wordpress.com

Thursday 24 November 2011

hari ni dah 24hb, minggu depan dah sibuk dengan report dan persiapan untuk Karnival Jalur Lebar...lepas tu disambung pula dengan Kursus bersama pihak IRDa selama 5 hari...then, bila masa aku nak mula key in data ni???
ikutkan, aku dah rancang untuk mulakan kerja pada minggu ini, tapi pihak penyelia minta aku tunggu die semak semua borang yang diterima, peh..ikutkan pihak sana minta siapkan dalam bulan depan, tapi kalau sampai hari ni gak satu apa data pun x dapat, camno nak siapkan beribu-ribu data yang menunggu tu...
dan yang paling menyenakkan..macam penuh pula jadual tuk bulan Disember..., mana sepupu nak kawen, mana Uteh nak pindah..
sebut pasal pindah,
Uteh, kakak aku yang lagi sorang ni, nampak gaya berhijrah nun kat pantai timur, nak wat camne..husband die diarahkan bertugas ke sana..maka, kami ni berbelah bagi, dari satu sudut happy..pasal pas ni boleh la jalan jauh-jauh sikit..tapi sebelah lagi rasa unhappy plak..
mau nyer x sedih..pasni jarang-jarang la dapat jumpe si kembo...kalau raya pun kompom cuti bagi 2..mana nak balik pahang, mana nak balik johor..maka telefon je la jadi tukang penyelamat...
tapi paling kesian my sis la..jauh pulak die ke sana..
harap-harap my sis ngan family ok dan dilimpah rezeki kat sana..
dan harap-harap..sekali pun jauh di mata, di hati kami 5 beradik sentiasa terkaup rapat..
ni pun aku tengah pening, nak p hantar ke sana, sape pulak yang nak teman aku drive jejauh...nak harap adik, adik pulak dah naik keje...
emm..malas la nak kusut-kusut kan kepala..aku percaya, kalau niat tu baik, pasti ada jalan yang Allah tetapkan untuk kebaikan semua orang..betul x??

ni la kampung baru tuk si kembo..

Saturday 19 November 2011

UPSR

khamis lepas keputusan UPSR 2011 diumumkan..
salah seorang dari legasi mak abah dan waris keturunan menghadapi peperiksaan terbabit..
disebabkan tuan punya badan,  anak yang sulong..yang namanya seperi nama salah seorang mujahidin islam..maka kami semua teruja untuk mengetahui apa yang beliau dapat..
kami memang la tidak mensasarkan hingga ke atas langit..cukuplah sekadar dengan kemampuan..
keputusan yang diperolehi tidak sama seperti tuan empunya badan sasarkan...
kata MY SIL..tuan punya badan sangat putus asa..termenung di sebalik kegagalan beliau mendapat keputusan yang lebih baik...
kesian pula bila mendengar..
lantas aku bercakap dengan tuan punya badan...belum sempat aku bercakap..tuan punya badan berkata "ye abang tau..abang dah insaf"...
hehehehehehe..
x sampai hati pula nak marah..so aku telefon adik suruh tarbiah kan sikit...pasal my sis ni sangat pandai tarbiah kanak-kanak..nama pun cikgu tabika kan...
xpe la along, ada masa untuk baiki diri..perjalanan hidup along masih panjang..
gagal sekali x ber erti gagal sampai ke penghujung...tapi ingat..kejayaan tak datang bergolek..kejayaan seiring dengan usaha, doa dan tawakal..
usaha lagi...walaupun along hanya dapat 1A 3B 1C..xpe..usaha lagi..
doa andak dan semua ..agar semua anak-anak buah andak..berjaya di dunia dan akhirat...
Amin..
"Muhammad Ali Imran Bin Md Kuc'ham"

Friday 18 November 2011

Yang Besar dan yang Kecil

minggu lepas minggu yang penuh dengan hari-hari yang menguji tahap kesabaran, ketabahan dan kekentalan jiwa dan sanubari aku..
minggu yang menyebabkan aku terkejar-kejar ke sana-sini..
minggu yang membuatkan aku ber'bahas" dengan seseorang..
minggu yang membuatkan aku pecah kepala untuk memberikan ucapan..
minggu yang membuatkan aku terpaksa menjadi bidan terjun menghadiri kursus dikala teman-teman yang lain indah bercuti..
minggu yang membuatkan aku berkenalan dengan rakan-rakan baru..
dalam kesibukan ini juga..sesuatu terjadi dikalangan kami..
gara-gara "mulut"..
gara-gara mulut yg tidak pernah setuju dengan hati dan akal..
atau mungkin gara-gara hati yang selalu bertelagah dengan rasa kasih sayang..
atau mungkin gara-gara kasih sayang yang telah berbelah bagi..
atau mungkin kerana sayang itu sendiri telah berlalu pergi...
wai ma apa sekali pun..
sebenarnya punca sangat kecil..
tapi diperbesarkan oleh mulut yang sangat suka menokok nambah ..
yang menjadikan sesuatu yang kecil itu menjadi begitu besar...
dan menyebabkan yang besar berfikir mereka lebih berhak dan berkuasa untuk menentukan segalanya...
yang besar berpendapat..yang kecil wajib menurut perintah dan wajib untuk menjaga hati mereka dan wajib untuk beralah sentiasa...
tapi silap..
ye..mungkin besar No2 kecil hati sedikit..maka besar No 1 menambah perisa..dan dibantu oleh perisa-perisa dari generasi besar No1 berikutan ketidakpuasan hati apabila kecil No 5 tidak mahu menurut perintah..
paling aku kesian adalah Kecil No 5 kerana terpaksa dan sentiasa berada dalam keadaan serba salah..
besar no 3 pula hatinya kecil..mudah mengalirkan air mata...dan kadang-kadang terlalu beralah..besar No 3 lembut hatinya..walaupun degil..MasyaAllah..
apabila besar No 2 kecil hati..maka besar No 1 mula memarahi besar No 3 dan Kecil No 5..tanpa pengetahuan kecil No 4...
tapi nama pun darah yang sama..apa yg berlaku kecil No 4 pasti tahu..dan selalunya kecil No 4 la yang selalu menjadi orang tengah...
walaupun sehingga kini masih ada rasa rajuk..rasa marah..rasa tidak puas hati di antara yang kecil dan yang besar...
namun harapan kecil No 4..agar yang besar dan yang kecil terus berpadu...
kecil no 4 telah berjanji dengan yang melahirkannya..agar sentiasa menjadi pendamai dan menjaga mana-mana yang besar apatah lagi yang kecil..
ye..kecil No 4 sentiasa bertekad..sekiranya sesuatu berlaku..kecil no 4 akan bawa kecil No 5 jauh dari mereka-mereka yang besar-besar..
walau apapa pun..doa kecil No 4 dan Kecil No 5...Besar No 1, Besar No 2, Besar No 3 , Kecil No 4 dan Kecil No 5 sentiasa erat berpegangan..agar bulatan yang ditinggalkan akan tetap bulat dan bukan menjadi segi...
Mudah-mudahan Ya Allah..
Kau Kabulkanlah hasrat dan impian kami..
Amin...

Thursday 10 November 2011

K.E.C.E.W.A

hari ni aku rasa down sangat..
kecewa habis..
putus asa..
macam-macam la..
rasa sangat-sangat tidak adil..
rasa sangat-sangat tidak dihargai..
rasa sangat-sangat sakit hati..
rasa sangat-sangat kecewa..
dan macam-macam rasa lagi..
tapi..
selepas berkongsi duka dengan seseorang..
selepas mengalir air mata sorang-sorang...
selepas muhasabah diri..
selepas fikir kembali usaha diri..
selepas nilai diri sendiri..
xpe la..ambil yang positif saja
buang jauh-jauh yang negatif..
walau terasa sangat tidak adil..
dan sangat tidak berpuas hati...
xpe la..
ada masa lagi
untuk tunjukkan bukti..
bahawa segala tanggapan itu salah..
mudah-mudahan..
aku diberi kekuatan..
aku diberi semangat tinggi..
aku diberi kecekalan..
aku diberi kekentalan..
dan mudah-mudahan..
masih ada pelangi dan sinar sang suria..
dalam segala usaha yang ku curahkan...
mudah-mudahan..

Insyaallah..amin..

Tuesday 1 November 2011

Majlis Konvokesyen UTHM Kali Ke 11

sedia maklum..31hb November 2011 merupakan hari anak buah yang paling sulong menerima skroll Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Alam Sekitar..
nampak sangat bertambah-tambah tua rasanyer diri ni...
kronology perjalanan kami bermula pada 30hb...
bergerak dari rumah jam 11.00 pagi berikutan menunggu anak buah balik dari kerja..
kak long ngan abg long ke kota tinggi dahulu..dengan tujuan p cuci kereta anak dia yang dh macam tepung gomak..maklumlah..orang keje site..kete x pernah nak berkilat...
aku pulak teruskan perjalanan ke Plaza Tol Kulaijaya...janjinya nak berkumpul ngan kete kak long di sana..tapi lapar la pulak..so amik keputusan lunch kat Tesco Kulai...
pastu barulah meneruskan perjalanan ke Batu Pahat...
my passanger..yg x tahan bau aircond..hazab pewangi Damak diorg sembunyikan..

aku kan x pernah drive jauh-jauh..maka rasa cuak dan jakun tu tinggi...hehehehe..
dekat rupenyer Batu Pahat ye..maklum ler..selama ni asyik jadi penumpang je..la ni jadi pemandu...mula-mula sangat takut-takut apabila si Damak meluncur laju..tapi lama-lama aku plak yang over...tapi bila meter cecah 140..sendiri rasa cuak...so maintain kan je 110...selama ni pening gak mikir..awat la tuan tanah kembar Damak memecut sampai 140...rupenyer memang x terasa sangat bila dah memecut ni..almaklumlah..masa bawa si kenari dulu..meter cecah 100 je kenari dah gigil-gigil...
tapi masih belum seberani tuan tanah kembar Damak si JMJ tu...tuan tanah die lagi terror beb...(^__^)
kami menginap di rumah rehat kerajaan..boleh la dari xde..ni anak buah punye keje la..suka sangat buat keje last minit..sudahnya tempat menginap kemain jauh dari kawasan universiti...rate tempat menginap??? dalam 2 * je...murah je kan..satu bilik rege die RM58 je..jadi lah..tempat nak tido je kan..bukan nak cuti honeymoon ke apa...

 kondisi tempat menginap...bilik kami bersebelahan..

lepas check in..bergerak pulak ke BP Mall..x shopping pun..semata-mata nak beli kasut tuk abang long..kasut die boleh pulak tertanggal tapak ngam-ngam sampai ke tempat menginap...
berebut makan rangka ayam..dh macam pelarian plak..

sekejap je kat BP Mall, disebabkan dah tahap kebulur..maka kami mencari la restoran steamboat yang anak buah syorkan sangat..dah la jauh..sekali restoran tu tutup..bengang x bengang..kebanyakan restoran yang die syorkan pergi tu tutup..xde rezeki kami..last-last makan di satu tempat namanya apetah..Gazebo_ _ _
not bad masakan die..dan murah pun murah..
kami makan siakap stim lemon, sambal ayam, sayur campur, sop tulang, telur dadar ngan nasi 2 bekas tu tuk makan 5 dewasa 1 kanak-kanak just RM60 sahaja...
lepas makan, aku ngan anak-anak buah ke parit raja semula tuk beli pulak rangka ayam goreng..gara-gara anak buah bawa sikit masa jumpa di BP Mall..kami pun teruja tuk jadikan kudapan di tempat menginap..pastu p beli buah pulak...sampai tempat menginap, gosok baju terus membuta...ala..x nyenyak mana pun, maklum la tempat baru..badan aku ni lain sikit...kalau beralih tempat tido je..mula la payah nak lelap, payah nak nyenyak tuk malam yang pertama..masuk malam-malam seterusnya gerenti dah ok semula..masa tu apa jenis bunyi, apa jenis gaya pun dah x sedar...tau-tau dah pagi...($_$)
disebabkan anak buah punye majlis belah pagi..so cam biasa mak dia aka my kak long over excited..anak sulung la katekan...masa aku konvo dulu arwah mak je yang pegi..pasal kos tinggi..air asia masa tu lum lagi keluar pakej2 murah x hengat tu...
so kul 6.30 ngam-ngam kitorang check out...xde sape pun kat kaunter nak pulangkan kunci, nasib baik la ada yang sedar...so xde la kami ni nampak cam orang lari...
aku ni peneman merangkap driver je sebenarnya...so xde la excited mana...
lenguh cik bon menunggu majlis anak buah selesai...dah selesai majlis, p bergambar pulak, pastu p pulang jubah, amik transkrip, p pesta konvo...
lepas tu baru gerak ke air hitam..ingatkan nak belikan Damak aksesori baru..x banyak yang berkenan pulak..sudahnya belikan bolster mini gambo monyet...jadilah wat kenangan...
pastu baru gerak balik umah..hujan lebat la pulak sepanjang perjalanan..ada sampai tahap x nampak jalan kat depan..kat highway mana ntah..dah ade kereta yang masuk longkang, dah ada yang dok sondol sesama sendiri...
Alhamdulillah...kami selamat sampai umah sekitar jam 6.00 petang...disebabkan letih memandu la kononya, maka semua orang tido awal..jam 9 umah dah gelap gulita..
tepat jam 12.00 malam..dapat panggilan kecemasan..yang mengguji tahap keberanian aku...yang ni aku cite entry kendian ek..nak bagi korang tatap gambo sepanjang majlis anak buah..ngan gambo-gambo aku, dia dan mereka yang perasan cun, macho x hengat..







tuan tanah harus terlebih poyo..:p

apa pun..TAHNIAH BUAT ANAK SAUDARAKU MOHD HAMIZI BIN HAMIDON...
MUDAH-MUDAHAN TIDAK LUPA PADA ASAL USUL DAN KELUARGA..NAK JADI IR..HATI KENA KENTAL, KEJE KENA TEKUN, TEKAD KENA PADU, SEMANGAT KENA TINGGI...MAK ANI DOAKAN, MUDAH-MUDAHAN HAJAT DAN HASRAT YANG BAIK TU TERMAKBUL..INSYAALLAH..AMIN..

Sunday 30 October 2011

!st Time

hari ni merupakan permulaan aku memandu dengan jarak jauh...
hehehehehe..lesen dah bertahun-tahun..beli kete pun dah bertahun-tahun..tapi berani drive paling jauh pun p JB je...
so hari ni tuk pertama kali..memandu ke Batu Pahat...
watpe ke BP ek...
wat pe lagi kalau bukan menjadi pemandu peribadi kak long sekeluarga menghadiri majlis konvokesyen anak sulung die...
pada asalnya,,kami satu family, ke lima-lima beradik nak memanjangkan langkah ke melaka..selepas majlis konvo Iji..yang memula dijangka jatuh pada hari sabtu atau ahad..
semua x sabar menghitung hari..
anak-anak buah yang lain semua simpan duit raya..pasal nak berfoya-foya kat melaka...
malangnya..majlis konvo iji jatuh pada hari isnin pula..dan memandangkan semua sekolah menjalani peperiksaan akhir tahun bermula isnin ini juga...maka..perancangan tinggal perancangan je...
xpe la..belum ada rezeki untuk bercuti bersama..
mudah-mudahan ada kesempatan di masa depan...
so yang ke BP hanya aku, kak long, abang long, ira dan irfan..mujur tarikh irfan exam start hari selasa...tercapai la impian die nak tengok sangat abang die konvo...
emm..kate orang tua-tua jangan suka sangat..dan berhati-hati dalam setiap permulaan..
so sebagai langkah pertama..selepas pemeriksaan kondisi kereta...
maka mulakan lah perjalanan dengan doa...
maka mari kita berkongsi bersama doa apabila memulakan perjalanan...



mudah-muadahan perjalanan kami dipermudahkan..
dan mudah-mudahan kami selamat pergi dan selamat kembali ke rumah..
Amin..

Friday 28 October 2011

sensetip

dua tiga hari ni..aku sensetip betul..
kalau dulu aku boleh bertahan,boleh sabar dari sebesar-besar perkara hingga yang celah gigi je...
tapi kali ni..benda remeh..benda yang dulu aku cukup pandai bertoleransi..aku kalah juga..
kalah pada perasaan sendiri..
kalah pada bisikan hati sendiri..
agaknya aku ni letih kot..
mana pening memikirkan cara nak capaikan target yang syarikat tetapkan..
mana nak siapkan mental fizikal menyampaikan ilmu yang diamanahkan,..
mana nak hadap macam-macam perangai dan sikap...
macam-macam hal la...
waktu tidur aku sangat tidak berkualiti...
tapi semua tu x penting..
yang penting sekarang ni..
aku rindu..
rindu pada buah hati...
rindu sama Qayyum & Zahra...
sory ye sayang...mami mungkir janji lagi...
dalam kesibukan sana-sini...
akhirnya aku faham...
mengapa aku masih bersendiri...
ye..mungkin aku belum lagi bersedia...
bersedia dari segi masa untuk bersama keluarga...
dan aku faham...
setiap yang berlaku pasti ada sebab musababnya..
dan yang paling aku yakin...
pengurusan masa aku banyak yang kurang dari baiknya...
maka dari hari ini..aku akan cuba
cuba untuk menguruskan masa sebaik mungkin..
masa bekerja..masa berpersatuan, masa tuk keluarga, masa tuk kesayangan, masa tuk diri sendiri dan yang paling utama..
masa tuk aku bersendirian bersama Tuhan yang mencipta aku...
mudah-mudahan kekuatan dan kesabaran sentiasa bersama aku...


Thursday 27 October 2011

surat buat mak..

Assalamulaikum mak abah…
Mak abah macam mana kat sana…
Mudah-mudahan mak, abah, ngah, anjang, nenek, atok..semua bahagia kat sana…
Mak…
Org rindu sangat-sangat kat mak…sangat-sangat rindu…
Mak…org usaha untuk jadi sekuat mungkin..setabah mungkin…
Mak..org pegang amanah mak..tuk pastikan kami sentiasa satu hati…
Mak…org cuba sebaik mungkin..untuk sempurnakan apa yg belum sempurna…
Mak..org usaha sebaik mungkin untuk jadi seorang adik dan kakak yg membahagiakan adik beradiknya yg lain…
Mak..org cuba sehabis baik untuk kebahagian dan kesempurnaan waris-waris mak…
Mak…org cuba untuk jadi kental dan tuli atas kata-kata yg sgt menyakitkan…
Mak..org telan segala pahit maung kehidupan selepas ketiadaan mak…
Mak..org buat sehabis baik untuk beri dan bawa kebaikan kepada org lain…
Mak…orang akan usaha dan akan terus mencuba-dan mencuba menjadi yg terbaik…
Tapi mak…
Sepahit mana kata-kata org lain..tidak sepahit kata-kata dari darah daging sendiri…
Sejauh mana kata pujian org lain..tidak seindah kata pujian dari darah daging sendiri..
Sebesar mana penghargaan org lain…x sehebat penghargaan dari darah daging sendiri…
Mak…
Org x tau..sama ada org ni terlalu ikutkn kata hati…atau terlalu sensetip..atau terlalu mengharap pd kebahagiaan yg x pasti…
Mak…
Tamak sangat ke org ni….bila bercerita perihal kasih sayang darah daging sendiri???
Mak…
Kadang-kadang org rasa menyesal belajar tinggi-tinggi…
Kadang-kadang org rasa menyesal terlalu berdikari…
Kadang-kadang org rasa menyesal terlalu bersikap memahami…
Mak…
Orang tau mak mesti marah bila org cakap org menyesal atas segala kelebihan dan kurniaan yg Allah beri..
Tapi mak…
Bila darah daging sendiri beranggapan…
Bila sudah berpelajaran tinggi, bila sudah punya kerjaya sendiri..bila org bnyk simpan sendiri masalah diri…
Darah daging beranggapan…org boleh berdikari..org penuh dengan pengertian..org penuh dengan kebahagiaan..langsung tiada gundah-gulana di hati…
Mak…
Org tau…mak selalu kata…org anak mak yg paling baran..suka membentak…tapi penuh pengertian…
Org masih ingat lagi…mak pernah kata…dalam ramai-ramai anak mak..org lah yg mak x pernah risau untuk lepaskan jauh-jauh…sebab mak tau..sejauh mana org pegi..x pernah pun org lupe pada darah daging sendiri…
Mak ingat x..masa org di seberang lautan…jarak memang memisahkan…tapi kita sentiasa berhubung…sehari sampai 3 kali…sampai mak marah x bagi org tepon mak hari-hari…tapi mak…org x boleh kalau x dengar sore mak..x boleh kalau x tau perkembangan darah daging org…sebab darah yg mengalir dalam tubuh kami sama…sebab itu org sayang sangat-sangat pada mereka…sakit mereka..org pun rasa..apatah lagi tawa gembira..
Mak…
Pada waktu ini..pada ketika ini…sebenarnya org patah hati…patah hati pada darah daging sendiri…org tau..kalau mak ada..mesti mak marah bila org berprasangka macam ni…
Tapi mak..
Org ni hanya manusia biasa mak…kadang-kadang cepat rasa putus asa..cepat tersentuh hatinya…
Mak…
Sebenarnya..org rindu..rindu nak berbual dengan darah daging..rindu nak bergurau senda dengan darah daging…
Mak…
Org x suka ungkit itu ini…sebab apa org buat Allah saja tahu niat sebenar org…
Tapi mak..
Kalau org x ungkit..darah daging buat x tau..
Kalau org x ungkit…darah daging lupa…
Lupa yg org ni darah daging mereka..
Lupa yg org ni pun manusia biasa…
Perlukan perhatian…
Perlukan kasih sayang dan pengertian dari mereka…
Mak…
Kalau mak ada depan mata org..
Org nak nangis puas-puas depan mak…
Mak pernah cakap kat org dulukan..
Yang mak payah dapat tengok air mata org…
Yang mak selalu tengok..muka merajuk dan angin satu badan org kan…J
Mak…
Doakan org sentiasa kuat
Doakan org sentiasa dapat beri kebahagiaan dan manafaat pada darah daging
Doakan org jadi wanita yg tabah macam mak…
Doakan org kental ye mak…
Mak jgn risau ye…
Sakit hati org ni bersifat sementara…
Sedihnya jiwa raga ni juga hanya sementara…
Putus asa org ni pun macam angin lalu je…
Sebab kan mak selalu pesan kat org..jadi manusia yg sentiasa menyenangkan org lain…
Mak jgn risau ye…
Sehebat mana pun ranjau berduri..
Setajam mana pun belati di hati..
Sepanas mana telinga mendakap kata-kata…
Sesakit mana hati yg menerima…
Sepahit mana hempedu yg disua..
Darah daging tetap darah daging…
Selagi darah dalam badan mereka hasil dari rasa cinta mak dan abah…
Selagi itulah rasa hormat, sayang, kasih dan cinta org ..tetap milik mereka…
Mak& abah..
Jangan risau ye…

Wednesday 19 October 2011

STRESS

peh..baru 3 hari aku dok bertungkus lumus ngan training yg di wajibkan ke atas setiap site 1 malaysia ni...gila penat...
dalam penat dan rasa stress yang meruap-ruap tu..aku tetap cari masa untuk buat diri ni ketawa..atleast lege sikit kepala..
tapi hari ni terasa sangat-sangat letih..
nak-nak bila persatuan belia yang aku join tu nak buat program sabtu ni..
so sebagai salah sorang ahli jawatankuasa..
nak x nak aku kena libatkan diri sepenuh masa...
so semalam bertungkus-lumus pegi beli barang-barang tuk dijadikan hadiah cabutan bertuah dan hadiah bagi acara kemuncak...gile penat...dah la seharian tu dok mengajar T1M...
hari ni pula..bekerja lagi seharian mengajar T1M...
dari 8.00 pagi hingga 6.30 petang ni..
bersambung pula mesyuarat pelaksanaan program belia malam ni...
esok menyambung pula mengajar T1M...
nampak gaya malam ni aku melepek saja sambil mencatat minit mesyuarat...
mulut dh tak larat nak bercakap...
mudah-mudahan hari-hari mendatang..aku sentiasa senyum dalam menjalankan amanah dalam pekerjaan mahupun persatuan....

dari begini......


kepada rupa ini....comey kan???

apa pun mudah-mudahan aku kuat semangat..mudah-mudahan tuhan kurniakan aku kesihatan yang baik..dan mudah-mudahan emosi aku pun di tahap yang saaaaaaannnnngggggaaaaattttt baik...
Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusanku di dunia dan di akhirat...
Amin...

Saturday 15 October 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah..
akhirnya 
DAMAK setuju hidup bersama denganku...
Alhamdulillah...
Aku dalam mood berdebar-debar dan sangat teruja..
sedang berusaha untuk memahami dan berkongsi apa saja dengannya..



Thursday 13 October 2011

Benci

I REALLY HATE WHEN I HAVE THIS FEELING....!!!!!
credit to pakcik google

PLEASE GO AWAY!!!!

Wednesday 12 October 2011

Sangat MARAH!!!!

Secara serius aku ingin mengatakan yang 
AKU BENCI ORANG YANG BUANG BAYI..
AKU BENCI ORANG YANG ABAIKAN MAK ABAH MEREKA...
nak-nak yang buang tu mak atau bapak bayi tu sendiri...
sesungguhnya..aku sangat takut akan kehidupan manusia di zaman ni..sangat-sangat takut..
aku dibesarkan dan hidup dalam lingkungan keluarga yang sangat mementingkan nilai kasih sayang...arwah mak abah ajar kami sentiasa hormat pada orang tua, pada sesama manusia..
aku x faham..sungguh x faham...
bagaimana tergamaknya seorang ibu membuang bayinya sendiri...bagaimana tergamaknya sorg anak..membuang ibu bapa mereka...
nak nasihat orang lebih-lebih..iman aku sendiri lagi tipis dari kulit bawang...
tapi macam mana sekalipun..aku takut..manusia zaman sekarang langsung x takut pada balasan tuhan...



korang x rasa ke bayi2 ni sangat comel...

ye..aku faham..aku bukan ditempat mereka..yang kadang kala ada masalah dan sebab musabab mengapa mereka berbuat sedemikian..tapi tolonglah..tolonglah tebalkan sifat perikemanusiaan dalam diri...
manusia tuhan kurniakan akal dari makhluk yang lain..tapi mengapa manusia sering kali campak dan buang akal yang tuhan bagi??? MENGAPA???
korang x pernah terfikir ke..walau pun kejadian bayi itu sendiri punca dari kesilapan dan kealpaan diri sendiri..tapi jangan rampas hak bayi tu untuk menikmati kehidupannya sendiri...banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk menutup keaiban sendiri...malu???
itu lumrah..adakah korang lagi rela..menutup malu dari menanggung rasa bersalah dan rasa berdosa sepanjang hayat korang??? macam mana korang nak minta maaf pada bayi yang korang bunuh dengan tgn korang sendiri???
TOLONG LAH..beri hak kehidupan pada bayi tu...kalau x mahu menerima kehadirannya berilah pada orang lain yang menerima dan dapat memberi kehidupan pada bayi tu sendiri...
aku merayu sangat-sangat..tolong lah gunakan akal sebelum bertindak sesuatu yang Maha Zalim...
TOLONG LAH...


i'm back

wah..lama tul x menulis kat sini..
bukan apa..ada urusan lain yang perlu diberi perhatian..
apatah lg tengah sibuk ngan macam-macam perkara..
yang utama wat promosi pasal Latihan 1Malaysia..
yang lain2 tu cam biasalah..dengan persatuan NGO kat kampung ni..
ada gak orang cakap..nape nak penat-penat kan diri..sibuk-sibukkan diri ngan persatuan..
bukan dapat apa pun...
emm..entah ek..tiap orang ada pendapat sendiri..
tapi bagi aku..
kalau bukan kita generasi yang muda belia ni...muda sangat..x turun ..x sertai x ambil tahu apa yang berlaku dipersekitaran kita..sape lagi nak diharapkan..
kalau bukan kita yang sama-sama berbincang, bekerjasama memberi yang terbaik untuk masyarakat dan komuniti kita..sape lagi kan???
ye..memang betul..persatuan NGO ni xde gaji..free off charge..sukarelawan..suka ++ rela ....so apa pun bergantung pada niat ..
pada aku..nawaitu aku..selagi aku boleh menyumbang tenaga, buah fikiran..apa la salahnya..nak sumbang wang ringgit harta..emm..sendiri pun terkapai-kapai..so dengan cara itu je la aku bayar balik segala susah senang, suka duka generasi lama yang bertungkus lumus memastikan segala nikmat yang aku dapat, yang aku gapai pada ketika ini..agar generasi selepas generasi aku turut sama dapat menikmatinya...
politik???
mana-mana persatuan pun pasti ada agenda masing-masing,pasti ada perbalahan, pasti ada puak-puak masing-masing..
kalau kita asyik fikir apa yang kita buat x mendatangkan apa-apa pun pd diri sendiri..baik duduk rumah...berpersatuan ni bukan untuk nama atau isi poket sendiri..
sekiranya ada dalam sesebuah persatuan yang aku sertai tu ada perbalahan, ada puak-puak..senang je..jadi tengah-tengah..ambil mana yang baik, mana yang mendatangkan faedah untuk semua..bukan melaksanakan sesuatu yang hanya memberi kesan pada seseorang individu sahaja...
macam aku cakap sebelum ni..apa pun kita buat..semuanya berlandaskan niat di hati.. 
walauapapun orang nak kata..
selagi aku mampu, selagai aku dikurniakan kudrat oleh sang Maha Pencipta..selagi itulah..aku akan mencurah bakti pada tanah air, pada bangsaku dan yang utama pada agamaku...
InsyaAllah...

Wednesday 28 September 2011

Monday 19 September 2011

My New Baby

Tanggal 3hb September 2011, bersamaan 5 Syawal 1432H tanggal 11.00pagi, lahirlah seorang lagi warisan keluarga kami.
Akhirnya, penantian dan doa selama 13 tahun Uda dan Kak Lin diperkenankan Allah Taala..
My SIL, Kak Lin selamat melahirkan anak perempuan di Hospital Kota Tinggi. sangat senang ooo beliau melahirkan..x sempat masuk labour room..dalam bilik persediaan lagi Baby dah x sabar-sabar nak keluar..
Kak Lin pantang kat umah warisan mak abah x lama..just lepaskan check up 10 hari ngan lepaskan check kuning..
ye le kan..nak sangat anak pompuan, so ragam dia lain macam sikit...
kalau abang-abang die..kuning tinggi turun ke rendah..2 3 kali je p klinik..
time baby..dari rendah naik tinggi..hampir 2 minggu jugak la ulang alik ke klinik..kesian pun ada bile lihat die kena cucuk kat tumit kaki tuk ambil darah...
macam-macam petua, anggur merah, anggur hitam, anggur hijau, air kundur..last-last bagi  minum susu kambing baru ada penurunan..ibu baby pun aku paksa minum susu kambing...
so ini lah dia..buah hati pengarang jantung my abang..

Nur Fatimah Zahra Bt Md Kuc'ham



so secara rasmi....budak ini..digelar "Abang Chik"

kesayangan aku ni panggil adik die "cek mek olek"..hehehehehe
abg cik tolong ibu jaga adik ye ...


Sunday 18 September 2011

Pengalaman Baru

Semalam merupakan Majlis Rumah Terbuka Dato Seri Azalina Bt Dato Othman Said, yang merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan parlimen Pengerang. Agenda berlangsung di kawasan parking Stadium Bandar Penawar..
asalnyer aku ni hanya nak menolong Jun handle bahagian dessert VVIP..tapi lain pulak jadinya..
tak pasal-pasal diminta menolong pengacara majlis ..so dengan tak rasmi aku menjadi RO..bukan penapis air tu tau..jadi Runner Officer...
dan x semena-mena..aku juga dikehendaki memastikan perjalanan acara pada hari itu berjalan dengan lancar..ha ..amik kau..kena handle artis lagi...
maklumler x pernah ada pengalaman langsung dalam bidang ni..
tugas aku ni termasuk la..:
- tanya kat kumpulan-kumpulan marhaban dan kompang yang mahu membuat persembahan
-maklumkan diorang, giliran membuat persembahan
-cari diorg semula dan pastikan mereka siap sedia untuk persembahan
-tanya ngan artis @ PA artis nak nyanyi lagu apa
-maklumkan artis giliran menyanyi
-maklumkan lagi aklau ada perubahan acara
-tanya kat diorg apa-apa yang diperlukan
-range balik dengan PA sistem semua minus one ngan cari track lagu artis
-maklumkan pengacara majlis turutan aturcara
-maklumkan kumpulan kebudayaan 
-pastikan mana-mana yang membuat persembahan siap sedia dan tahu perubahan acara
-macam-macam lagi..

huhuhuhuhuhu..mau tertanggal kaki..dah la bilik artis ngan kawasan pentas jauh..turun naik tangga je keje aku..tu lum kira ngan hujan..main redah je..

mula-mula memang la ade masalah bila abang Othman Hamzah nak mula menyanyi..la baru aku tau..akalu nak nyanyi live..kena guna minus one ngan cd player..x ley gune laptop atau cd karaoke..ni pun PA Kak Liza Aziz..kak Sharifah Norza yang ajar...PA sistem pulak hancus..kelam kelibut...rasanyer budak yang handle PA sistem tu pun x tau pasal benda ni..nasib la kak sharifah norza ajar serba sedikit..
alhamdulillah..walaupun hujan lebat pada sesi kedua artis-artis otai ni menyanyi..hujan turun dengan lebat..namun diorang ni memang profesional..tetap tersenyum..nak-nak kak liza Aziz...basah badan die..aku plak dh macam mandi..hujan lebat..payung plak kecik..nak cover 2 orang..nan ado..so bekorban je la..pengalaman tu..pengalaman baru..

ni ha artis-artis yang buat persembahan..


- Othman Hamzah
- Ibnor Reza
- Man Bai
- Liza Aziz
yang baju pink belang-belang tu..artis to be..kehkehkeh
aku cume amik gambo ngan artis pompuan je..ngan artis lelaki i malu ..i kan pemalu orangnyer... :p

Abang Ibnor Riza ni humble je orangnya..xde pakai PA segala..die manage diri dia sendiri..pakai kete pun biasa-biasa je..
suara die MasyaAllah..sama je cam dulu-dulu..sama macam dalam kaset..sangat sedap..

Man Bai plak cool je..die ada PA yang sangat bagus..PA die bekas wartawan rasanya..die jaga Man Bai punyer persembahan pentas sangat tiptop..sampai kan masa bile nak start lagu..masa bile nak berhentikan main lagu semua die jaga....die pun ok je ngan segala perubahan acara..

Time Abang Othman Hamzah perform x dan nak ngambik gambo...bukan apa..masa slot yang pertama, ada masalah teknikal..so kelam kabut kat tepi pentas..slot ke dua ..aku sibuk arrange kumpulan zapin pulak...

mereka-mereka yang kat atas gambo ni kemain la..terkejut aku bila tengok diorang pun ada sama..mau x terkejut..kete aku tu mana ada roadtax lagi..nanti aku habaq mai no..kemain nekad sekali datang majlis ni semata-mata kak long nak tengok Ibnor Reza perform...tu baru Ibnor Reza...kalau Nasir Wahab yang perform mau awal-awal pagi dah sampai..

Kak Liza Aziz pulak..aku memang dok teman kak Nor tepi pentas..sambil-sambil belajar camne nak wat kalau artis nak menyanyi atas pentas..Mekasih banyak ye katk Nor..diorang berdua ni sangat la friendly..baik Kak Liza atau Kak Nor..banyak juga diorang bagi tunjuk ajar....Kak Nor kata aku ada ciri-ciri PA yang baik.kembang beb sape jugak la nak amik aku jadi PA ni..ilmu di dada pun x de..ni pun benda x di rancang..
apa pun terima kasih la pada pengacara majlis 'Cikgu Zaki' ngan Adik Awe..yang beri kepercayaan pada aku untuk jadi RO dan beri satu pengalaman baru yang x pernah terlintas dalam hati dan pale otak aku..
Alhamdulillah..walaupun penat, basah kuyup, lapo..tapi i really enjoy and love it...ni kawan omputeh aku cakap..hehehehehe..