Wednesday 13 July 2011

????

Apa akan kamu lakukan sekiranya kamu mengetahui orang tua yang berpangkat bapa saudara kamu menjalin hubungan dengan orang lain..??
rasa seperti bersubahat..tapi die punye hak untuk berkasih lebih dari satu, cuma yang aku bimbang, cinta pihak satu lagi hanya bersandar pada saku sahaja...
kadang-kadang betul juga kata orang tua-tua..orang lelaki tidak boleh berduit banyak..mula la berangan nak buka cawangan baru...
bila teringat sang isteri di rumah yang setia melayan kerenah suami, aku rasa sayu dan sedih malah geram melihat gelagat orang itu..tolong lah..nak bergayut ke nak bergurau senda ke, tolong jangan di depan aku atau di kawasan tempat aku mencari rezeki...

love @ money???

bagaimana kiranya aku berada di situasi sang isteri???
mampu ke aku menahan rasa akan perangai sang suami sebegitu??
bagaimana pula kiranya aku berada di situasi orang ketiga???
tergamak ke aku mengganggu keharmonian rumahtangga orang lain??
ikhlas ke aku menjalin kasih dengan orang sepertinya??
mudah-mudahan yang berlaku berkesudahan dengan baik..
"Ya Allah, jangan la kau jadikan aku wanita yang merampas hak dan kebahagian wanita yang lain..."
Amin..

No comments: