Friday 8 July 2011

Melekat Di Hati

aku bukanlah jenis yang terlalu taksub pada sesuatu perkara..
waima pada barang kesayangan mahupun pada seseorang..
kalau orang lain kadang-kadang terlalu mengagungkan artis kesayangan..aku masih belum lagi seperti itu..sekadar menggemari bakat pada seseorang itu sahaja..dan hanya mampu mengucapkan terima kasih di dalam hati atas kesanggupan mereka untuk berkongsi bakat yang dianugerahkan kepada org ramai..
ye..dari dulu hingga kini, satu-satunya artis kegemaranku hanyalah Anuar Zain..mengapa die? bukan kerana wajah tetapi kerana lagu2 yang sentiasa membuatku tenang...sekadar menggemari namun tidak la sehingga mahu menyimpan semua keratan gambar dan berita berkenaan die..
tapi kini..ada sorg lagi yg membuatku sentiasa mahu mengikuti perkembangan mereka..ye ..MEREKA...
pada mulanya..aku bukanlah peminat..malah sgt tidak mengambil tahu akan apa jua yg mereka lakukan..sehinggalah..apabila anak-anak saudaraku begitu taksub pada mereka dan menyuruh aku memuat turun segala cerita mereka..
kerana sayang aku ikutkan...dari memandang sepi sehinggalah akhirnya aku sendiri yg begitu menggemari mereka...
walau pun mereka bukan pendakwah...tetapi di dalam cerita lakonan mereka..ada 2 dialog yg diutarakan salah sorang dari mereka yang hingga kini melekat dijiwaku sehingga mampu membuatkan hatiku berfikir dan akalku berbicara...

Dialog pertama:
"benda macamni ko takut, ko x sembahyang buat maksiat x pulak ko takut"

Dialog kedua:
"dah la x sembahyang, tu pun masih sombong, berdoa pun x nak..doa la pada tuhan.."

ye..kalau pada orang lain..mungkin diolog2 itu tidak memberi kesan..tetapi padaku...Subhanallah..hanya dialog2 kecil..mampu membuatkan hatiku berfikir dan akalku berbicara...dan membuatkan aku kembali pada fitrah yg asal..
kepada kumpulan itu..kepada penulis skrip cerita itu..mahupun kepada krew2 cerita itu..beribu ucapan terima kasih ingin ku berikan..mudah-mudahan..kita sama-sama mendapat taufik dan hidayah dari Sang Pencipta..dan semoga kamu sentiasa di bawah payung keredhaan Ilahi..
Amin..

No comments: