Thursday 26 April 2012

Aku yang terasa..

Bila kita mulakan sesuatu atas kerelaan hati
atas dasar kerjasama dan perpaduan..
yang dimulakan dengan satu titik keikhlasan..

sekali pun penuh dengan ranjau berduri..
Ribut taufan yang melanda..
tekanan demi tekanan dari pelbagai sudut penjuru muka bumi..

aku tetap berpegang pada satu..
Jika kita jaga hati orang...Insyaallah Allah akan jaga hati kita..

Syukur ku panjatkan kepada mu Ya Tuhanku..
di kala aku hampir-hampir berserah dan berputus asa..
KAU kembalikan semangatku..
KAU buktikan aku dipihak yang benar..
KAU himpunkan aku bersama orang-orang yang benar..
KAU pelihara hatiku..agar aku sentiasa bersangka baik terhadapMU..

Alhamdulillah...
dengan tidak ku sangka..
dengan tidak ku duga..
masih ramai yang memberi ku bahagia..
masih ramai yang membuat dukaku sekelip mata bertukar menjadi senyum ceria...
masih ramai yang memberiku sokongan..

Alhamdulillah..
dan pada awak..
sekiranya awak membaca blog saya ini..
terima kasih saya ucapkan..
terima kasih kerana sentiasa bersama saya..
terima kasih kerana sentiasa ada di kala saya memerlukan..
terima kasih kerana memahami situasi saya..
terima kasih kerana menjadi pendamai hati saya..
terima kasih atas segalanya...

Saya bukan tidak rasa...
saya bukan tidak mahu..
cuma..saya kurang dan belum yakin pada diri sendiri..
pengalaman lalu masih menghantui diri...
sebab saya tahu..awak lebih berhak untuk peroleh yang lebih baik dari saya..

Seandainya..
ye..seandainya sudah tertulis di luh mahfuz..
ia menjadi hak kita bersama..
Doa saya sentiasa untuk awak..
Doa saya sentiasa untuk kita...
Mudah-mudahan..
Sekiranya tidak tertulis di Luh Mahfuz..
Saya terima seikhlas hati..
Awak tetap sahabat saya..
Dan kegembiraan saya adalah bila melihat awak gembira...

Alhamdulillah..
Ya Rabbi..
Kau berikanku mendung terlalu lama...
Kau berikanku ribut taufan bertimpa-timpa..
Tapi Kau berikan ku pelangi yang melekat terus di jiwa..

Syukur ku panjatkan kepada mu Ya Allah..
sesungguhnya..Kau lebih Mengetahui apa yang terbaik buat hambamu...
kepada Mu Ya Allah ku berserah dan kepadaMu juga ku meminta pertolongan..
kabulkanlah...

Amin Ya Rabbal Al Amin

Wednesday 11 April 2012

Kepadamu Kekasih 2..

Kepadamu Kekasih..

aku sendiri x mengerti dengan perasaan sendiri..
seringkali hati dan akal ku tidak mahu melangkah seiringan lagi..
seringkali mimpiku terganggu kerana detap jantungku ini..
seringkali jagaku penuh dengan emosi..

kerana dia..
aku menangis..
kerana dia..
aku ketawa gembira
kerana dia..
aku mula membina impian..
kerana dia..
rindu sentiasa bertandang di hati..
kerana dia..
aku tidak berani..
aku juga tidak yakin pada diri sendiri..

Ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang
sekiranya inilah destinasiku yang abadi..
destinasi yang memberikanku kebahagiaan dunia dan akhirat
kebahagiaan ketika susah dan senang ku..
kebahagiaan ketika hidup dan matiku..
kebahagiaan di dalam urusan duniawi dan ibadahku..

Satukan hati kami..
semaikan perasaan suci ini dihati kami..
permudahkanlah urusan kami..
kuatkan perasaan ini diantara kami..
 
Sesungguhnya Ya Allah..kepadamu ku berserah..dan kepadamu jua ku memohon pertolongan..Amin...

Tuesday 3 April 2012

Insyaallah...

Ya Allah sekiranya semua ini benar..
semua ni yang terbaik buat ku..
yang terbaik untuk hidupku dan matiku..
yang terbaik untuk keluarga ku..
yang terbaik buatku dunia akhirat...

Aku mohon padamu Ya Allah...
Kabulkan lah...
Ya Allah Ya Rabb...
Hanya kepadamu ku berserah..
dan kepadamu jua ku memohon pertolongan..
Kabulkanlah Ya Allah...

Thursday 29 March 2012

buat kamu..




cinta dalam hati..

jangan banyak tanya, jgn banyak bicara..
jawapan ku tetap sama..

sekuat mana perasaan ini, 
sesakit mana hati ini bila mengetahui..sehebat mana dugaan yang datang..sekuat mana untuk aku mengikis apa yang sedang bersemi..sehebat mana tanda tanya di hati...sebanyak mana dan setajam mana kata-kata orang luar yang tidak mengerti.....ye..aku tetap berpegang pada kata-kata ini,

ajal maut, jodoh pertemuan di tangan ilahi..
cinta bukan bererti memiliki..
sayang bukan bermaksud menguasai...
jika sudah tertulis di luh mahfuz..
aku menerimanya setulus hatiku..
jika bukan menjadi hak aku yg abadi..
aku doakan agar dirinya sentiasa bahagia bersama pilihan hati...

i will always smile in front of you...

Tuesday 20 March 2012

Smile



“Don't cry because it's over, smile because it happened.” 


― Dr. Seuss

Monday 19 March 2012

Again..

Crying 
sekali lagi..
air mata tidak terbendung lagi..
pelbagai perkara bermain di minda..
pelbagai rasa berlegar-legar di hati..
Bersangka baik wahai hati..bersangka baik...

Allahu Rabbi...
Kepadamu ku berserah..
Kepadamu jua ku pohon pertolongan..


Zapin?? Inanag?? Joget???

sedang berusaha untuk kembalikan dan mulakan semula kelab tarian tradisional ..
alhamdulillah..jurulatih dh jumpe..beliau pun dh setuju...
pelajar-pelajar juga sudah ada 8 orang...
mudah-mudahan..seni budaya susur galur sebagai anak melayu..
terus berakar kepada generasi seterusnya...
aku???
menari??
mau berlubang lantai...


Wednesday 14 March 2012

Soalan @ Permintaan??

Tanggal 10hb Mac 2012 yang lepas, kami (aku+adik+kak long anak beranak) konvoi bersama Pak Long ke Majlis WalimatulUrus 2 pupu kami di Pontian..lupe plak apa nama Kg tu...
Menu majlis lain dari yang lain..
Nasi Minyak+Ayam Golek+Daging Kurma+Sambal Udang+Acar Darat+Rojak Buah...
so aku yg tengah pantang makanan laut ni..just amik ayam golek saje...baru nak cekut udang..my Kak Long dah jeling je..huhuhuhuhu
My 2 pupu ni kawen ngan org sabah..kami x berapa rapat sebenarnya..tapi mengenangkan time ni la dapat kumpul sedara mara belah arwah mak..aku join juga..
Paling x best..baju yang aku pakai..mesti sama tema ngan pengantin...
 my nenek, pakcik-pakcik dan makcik-makcik...aku lagi suka berbual dengan mereka-mereka dari berkumpul bersama sepupu sepapat..

Pengantin yang dirai..kedua-duanya Doktor...

'Us'

masa nak balik tu..salam-salam pakcik makcik..aku sengaja amik giliran yang paling akhir sekali untuk salam ngan nenek...walaupun bukan nenek belah mak atau abah..nenek ni nenek saudara je sebenarnya..tapi kami anggap seperti nenek kami..apatah lagi hanya die sahaja nenek yang kami masih ada...
masa nak salam..nenek tarik aku suruh duduk sebelah die...
"bila giliran awak pula? Adik-adik sepupu sorang-sorang dah naik pelamin"
"Sibuk la nek..xde masa"
"Sibuk tu sentiasa ada..nenek nak makan nasi minyak awak pula"
"........"
"Mudah-mudahan nenek dapat tengok majlis awak..tengok awak bersanding pula"
"Insyaallah nek"

x sanggup aku nak pandang mata nenek...aku salam dan peluk cium nenek...
sepanjang perjalanan aku berfikir...
adakah itu pertanyaan @ permintaan???
Mana nak cari weh???

"Mudah-mudahan Ya Allah..Ya Rahman Ya Rahim...kabulkanlah...sekiranya jauh..kau dekatkanlah..sekiranya tertutup..Kau bukakanlah...Amin Yarabbal Alamin"

Wednesday 7 March 2012

awak..awak...
awak ade mulut x????
ada akal x????
ada hati x????

eh..ada rupenyer..
kalau ada..nape mulut tu x guna..nape diam je...
kalau ada..nape akal tu tepu je..
kalau ada..nape hati tu ...hitam je..

saya dah tanya..tapi awak diam je...
xpe la..saya malas nak paksa-paksa..
saya assume awak x suka saya ...
senang cita...
fullstop!

I'M OK...U???

Dugaan datang bertimpa-timpa..
mungkin belum sampai kategori dugaan..
mungkin hanya cabaran hidup...
yang mahu mengajar aku nikmat sebenar hidup..
nikmat sebenar kepercayaan..
nikmat sebenar setiakawan..
nikmat sebenar kasih sayang..
nikmat sebenar penghargaan waktu..
nikmat sebagai manusia yang dikurniakan akal...
tekanan demi tekanan...
satu demi satu...
kena sabar..
satu demi satu...
kena ikhlas..
satu demi satu...
walau pun selalunya bukan satu demi satu...
banyak kali terpaksa dua demi dua...
kadang kala tiga demi tiga...
kadang-kala tersungkur hati ini..
tersungkur perasaan ini..
tersungkur akal ini...
mujur...
masih ada sesuatu yg positif
yang membuatkan aku..
semakin kuat...
semakin bersemangat...
semakin kental...
mudah-mudahan..
aku mampu..
sehingga ke akhir perjalanan ku....

ye..
dugaan + air mata + keluh resah + buntu + cabaran + tekanan + pengkhianatan .....
asam garam kita sebagai manusia...
Rahsia Allah..sape tau kan???