Thursday, 26 April 2012

Aku yang terasa..

Bila kita mulakan sesuatu atas kerelaan hati
atas dasar kerjasama dan perpaduan..
yang dimulakan dengan satu titik keikhlasan..

sekali pun penuh dengan ranjau berduri..
Ribut taufan yang melanda..
tekanan demi tekanan dari pelbagai sudut penjuru muka bumi..

aku tetap berpegang pada satu..
Jika kita jaga hati orang...Insyaallah Allah akan jaga hati kita..

Syukur ku panjatkan kepada mu Ya Tuhanku..
di kala aku hampir-hampir berserah dan berputus asa..
KAU kembalikan semangatku..
KAU buktikan aku dipihak yang benar..
KAU himpunkan aku bersama orang-orang yang benar..
KAU pelihara hatiku..agar aku sentiasa bersangka baik terhadapMU..

Alhamdulillah...
dengan tidak ku sangka..
dengan tidak ku duga..
masih ramai yang memberi ku bahagia..
masih ramai yang membuat dukaku sekelip mata bertukar menjadi senyum ceria...
masih ramai yang memberiku sokongan..

Alhamdulillah..
dan pada awak..
sekiranya awak membaca blog saya ini..
terima kasih saya ucapkan..
terima kasih kerana sentiasa bersama saya..
terima kasih kerana sentiasa ada di kala saya memerlukan..
terima kasih kerana memahami situasi saya..
terima kasih kerana menjadi pendamai hati saya..
terima kasih atas segalanya...

Saya bukan tidak rasa...
saya bukan tidak mahu..
cuma..saya kurang dan belum yakin pada diri sendiri..
pengalaman lalu masih menghantui diri...
sebab saya tahu..awak lebih berhak untuk peroleh yang lebih baik dari saya..

Seandainya..
ye..seandainya sudah tertulis di luh mahfuz..
ia menjadi hak kita bersama..
Doa saya sentiasa untuk awak..
Doa saya sentiasa untuk kita...
Mudah-mudahan..
Sekiranya tidak tertulis di Luh Mahfuz..
Saya terima seikhlas hati..
Awak tetap sahabat saya..
Dan kegembiraan saya adalah bila melihat awak gembira...

Alhamdulillah..
Ya Rabbi..
Kau berikanku mendung terlalu lama...
Kau berikanku ribut taufan bertimpa-timpa..
Tapi Kau berikan ku pelangi yang melekat terus di jiwa..

Syukur ku panjatkan kepada mu Ya Allah..
sesungguhnya..Kau lebih Mengetahui apa yang terbaik buat hambamu...
kepada Mu Ya Allah ku berserah dan kepadaMu juga ku meminta pertolongan..
kabulkanlah...

Amin Ya Rabbal Al Amin

Wednesday, 11 April 2012

Kepadamu Kekasih 2..

Kepadamu Kekasih..

aku sendiri x mengerti dengan perasaan sendiri..
seringkali hati dan akal ku tidak mahu melangkah seiringan lagi..
seringkali mimpiku terganggu kerana detap jantungku ini..
seringkali jagaku penuh dengan emosi..

kerana dia..
aku menangis..
kerana dia..
aku ketawa gembira
kerana dia..
aku mula membina impian..
kerana dia..
rindu sentiasa bertandang di hati..
kerana dia..
aku tidak berani..
aku juga tidak yakin pada diri sendiri..

Ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang
sekiranya inilah destinasiku yang abadi..
destinasi yang memberikanku kebahagiaan dunia dan akhirat
kebahagiaan ketika susah dan senang ku..
kebahagiaan ketika hidup dan matiku..
kebahagiaan di dalam urusan duniawi dan ibadahku..

Satukan hati kami..
semaikan perasaan suci ini dihati kami..
permudahkanlah urusan kami..
kuatkan perasaan ini diantara kami..
 
Sesungguhnya Ya Allah..kepadamu ku berserah..dan kepadamu jua ku memohon pertolongan..Amin...

Tuesday, 3 April 2012

Insyaallah...

Ya Allah sekiranya semua ini benar..
semua ni yang terbaik buat ku..
yang terbaik untuk hidupku dan matiku..
yang terbaik untuk keluarga ku..
yang terbaik buatku dunia akhirat...

Aku mohon padamu Ya Allah...
Kabulkan lah...
Ya Allah Ya Rabb...
Hanya kepadamu ku berserah..
dan kepadamu jua ku memohon pertolongan..
Kabulkanlah Ya Allah...