Sunday 10 July 2011

Ikhlaskah Aku??

Tujuan sebenar aku berblogging adalah semata-mata ingin menjadikan blog ini sebagai tempat luahan hati dan perasaan...
tempat aku mencatat kembali segala memori, kenangan, pengalaman hidup..
mudah-mudahan blog ini menjadi kenangan dan rujukan semula untuk diriku sendiri sekiranya Allah tarik balik nikmat mengingat dan mengurniakan aku sifat pelupa...
bukan menagih kasih atau perhatian dari sesiapa...malah aku sendiri tak tahu ada ke orang lain yang nak baca blog yang x seberapa ini...
blog ini juga sebagai panduan pada diriku sendiri agar sentiasa ingat asal usul diri..mengingatkan aku sekiranya aku alpa dalam nikmat duniawi..
dan sekiranya titik nokhtah itu menjadi hak mutlakku nanti..aku berharap..blog ini menjadi hadiah untuk tatapan wajah-wajah kesayanganku...agar kenangan sentiasa bersama..yang baik jadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan...
sesungguhnya aku hanya manusia yang sentiasa alpa tetapi sentiasa mengharapkan belas ikhlas dan rahmat dari Sang Maha Pencipta...
Mudah-mudahan aku ikhlas...
Amin..

No comments: