Wednesday 28 September 2011

Monday 19 September 2011

My New Baby

Tanggal 3hb September 2011, bersamaan 5 Syawal 1432H tanggal 11.00pagi, lahirlah seorang lagi warisan keluarga kami.
Akhirnya, penantian dan doa selama 13 tahun Uda dan Kak Lin diperkenankan Allah Taala..
My SIL, Kak Lin selamat melahirkan anak perempuan di Hospital Kota Tinggi. sangat senang ooo beliau melahirkan..x sempat masuk labour room..dalam bilik persediaan lagi Baby dah x sabar-sabar nak keluar..
Kak Lin pantang kat umah warisan mak abah x lama..just lepaskan check up 10 hari ngan lepaskan check kuning..
ye le kan..nak sangat anak pompuan, so ragam dia lain macam sikit...
kalau abang-abang die..kuning tinggi turun ke rendah..2 3 kali je p klinik..
time baby..dari rendah naik tinggi..hampir 2 minggu jugak la ulang alik ke klinik..kesian pun ada bile lihat die kena cucuk kat tumit kaki tuk ambil darah...
macam-macam petua, anggur merah, anggur hitam, anggur hijau, air kundur..last-last bagi  minum susu kambing baru ada penurunan..ibu baby pun aku paksa minum susu kambing...
so ini lah dia..buah hati pengarang jantung my abang..

Nur Fatimah Zahra Bt Md Kuc'ham



so secara rasmi....budak ini..digelar "Abang Chik"

kesayangan aku ni panggil adik die "cek mek olek"..hehehehehe
abg cik tolong ibu jaga adik ye ...


Sunday 18 September 2011

Pengalaman Baru

Semalam merupakan Majlis Rumah Terbuka Dato Seri Azalina Bt Dato Othman Said, yang merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan parlimen Pengerang. Agenda berlangsung di kawasan parking Stadium Bandar Penawar..
asalnyer aku ni hanya nak menolong Jun handle bahagian dessert VVIP..tapi lain pulak jadinya..
tak pasal-pasal diminta menolong pengacara majlis ..so dengan tak rasmi aku menjadi RO..bukan penapis air tu tau..jadi Runner Officer...
dan x semena-mena..aku juga dikehendaki memastikan perjalanan acara pada hari itu berjalan dengan lancar..ha ..amik kau..kena handle artis lagi...
maklumler x pernah ada pengalaman langsung dalam bidang ni..
tugas aku ni termasuk la..:
- tanya kat kumpulan-kumpulan marhaban dan kompang yang mahu membuat persembahan
-maklumkan diorang, giliran membuat persembahan
-cari diorg semula dan pastikan mereka siap sedia untuk persembahan
-tanya ngan artis @ PA artis nak nyanyi lagu apa
-maklumkan artis giliran menyanyi
-maklumkan lagi aklau ada perubahan acara
-tanya kat diorg apa-apa yang diperlukan
-range balik dengan PA sistem semua minus one ngan cari track lagu artis
-maklumkan pengacara majlis turutan aturcara
-maklumkan kumpulan kebudayaan 
-pastikan mana-mana yang membuat persembahan siap sedia dan tahu perubahan acara
-macam-macam lagi..

huhuhuhuhuhu..mau tertanggal kaki..dah la bilik artis ngan kawasan pentas jauh..turun naik tangga je keje aku..tu lum kira ngan hujan..main redah je..

mula-mula memang la ade masalah bila abang Othman Hamzah nak mula menyanyi..la baru aku tau..akalu nak nyanyi live..kena guna minus one ngan cd player..x ley gune laptop atau cd karaoke..ni pun PA Kak Liza Aziz..kak Sharifah Norza yang ajar...PA sistem pulak hancus..kelam kelibut...rasanyer budak yang handle PA sistem tu pun x tau pasal benda ni..nasib la kak sharifah norza ajar serba sedikit..
alhamdulillah..walaupun hujan lebat pada sesi kedua artis-artis otai ni menyanyi..hujan turun dengan lebat..namun diorang ni memang profesional..tetap tersenyum..nak-nak kak liza Aziz...basah badan die..aku plak dh macam mandi..hujan lebat..payung plak kecik..nak cover 2 orang..nan ado..so bekorban je la..pengalaman tu..pengalaman baru..

ni ha artis-artis yang buat persembahan..


- Othman Hamzah
- Ibnor Reza
- Man Bai
- Liza Aziz
yang baju pink belang-belang tu..artis to be..kehkehkeh
aku cume amik gambo ngan artis pompuan je..ngan artis lelaki i malu ..i kan pemalu orangnyer... :p

Abang Ibnor Riza ni humble je orangnya..xde pakai PA segala..die manage diri dia sendiri..pakai kete pun biasa-biasa je..
suara die MasyaAllah..sama je cam dulu-dulu..sama macam dalam kaset..sangat sedap..

Man Bai plak cool je..die ada PA yang sangat bagus..PA die bekas wartawan rasanya..die jaga Man Bai punyer persembahan pentas sangat tiptop..sampai kan masa bile nak start lagu..masa bile nak berhentikan main lagu semua die jaga....die pun ok je ngan segala perubahan acara..

Time Abang Othman Hamzah perform x dan nak ngambik gambo...bukan apa..masa slot yang pertama, ada masalah teknikal..so kelam kabut kat tepi pentas..slot ke dua ..aku sibuk arrange kumpulan zapin pulak...

mereka-mereka yang kat atas gambo ni kemain la..terkejut aku bila tengok diorang pun ada sama..mau x terkejut..kete aku tu mana ada roadtax lagi..nanti aku habaq mai no..kemain nekad sekali datang majlis ni semata-mata kak long nak tengok Ibnor Reza perform...tu baru Ibnor Reza...kalau Nasir Wahab yang perform mau awal-awal pagi dah sampai..

Kak Liza Aziz pulak..aku memang dok teman kak Nor tepi pentas..sambil-sambil belajar camne nak wat kalau artis nak menyanyi atas pentas..Mekasih banyak ye katk Nor..diorang berdua ni sangat la friendly..baik Kak Liza atau Kak Nor..banyak juga diorang bagi tunjuk ajar....Kak Nor kata aku ada ciri-ciri PA yang baik.kembang beb sape jugak la nak amik aku jadi PA ni..ilmu di dada pun x de..ni pun benda x di rancang..
apa pun terima kasih la pada pengacara majlis 'Cikgu Zaki' ngan Adik Awe..yang beri kepercayaan pada aku untuk jadi RO dan beri satu pengalaman baru yang x pernah terlintas dalam hati dan pale otak aku..
Alhamdulillah..walaupun penat, basah kuyup, lapo..tapi i really enjoy and love it...ni kawan omputeh aku cakap..hehehehehe..

Thursday 15 September 2011

Bengang

BILE LA NAK SETTLE...
PATAH KAKI DAH NI..
ANGIN SATU BADAN!!!!!

Monday 12 September 2011

(T__T)

terasa lama pulak x update blog..bukan apa pun..kalau dh si Qayyum ada kat rumah..jgn harap la kesayangan  aku tu boleh bagi mamy die ni duduk depan laptop lama-lama...ni pun die dah tido..dapat la nak belek blog yang ntah apa-apa ni..

emmm..sebenarnya...
malam ni hati aku menangis lagi..
bukan kerana terluka, bukan kerana keciwa, bukan kerana amarah...
aku x tahu kenapa air mata ini tetap mengalir sungguhpun 11 tahun berlalu..
kisah bermula petang tadi..
pabila pulang aku lihat kak long dan anak-anaknya sedang sedap bersantai di pintu hadapan rumah..masuk umah je..aku nyampuk-nyampuk le cite diorang..tup-tup kak long bgtau satu cite...
kak long cakap die jumpe "mak mertua x jadi aku" di majlis marhaban..dan mereka boley pula bercerita pasal aku..dialog diorg lebih kurang camni la:

MMTJ : oh..awak ni kakak ani rupenyer...
Kak Long  : ye la..saya la kak long ani..ani tu kan yang kawan ngan anak cik dulu...

MMTJ  :  itu la..ani tu dah kawen ke sekarang??
Kak Long   : belum lagi cik....dah tua pun..(huhuuhuhuhu..ckp je la aku dh masuk kategori andartu)

MMTJ  :  ani tu baik orangnya..(kembang setaman jap) nape x kawen-kawen? 
Kak Long : die tu memilih cik..(x pasal-pasal aku plak yang memilih)..apa ntah yang die cari...

MMTJ  : apa lagi yang dicari..ani tu bagus budaknya (kembang lagi 2 taman)
Kak Long  : entah la cik..die tu dok tunggu anak cik...nak cari jodoh pun nak yang macam arwah anak cik tu...

MMTJ :  carikan la jodohnya tu..insyaallah ada lagi yang lebih baik...
Kak Long : InsyaAllah..

huhuhuhuhu..apesal la tetibe cite aku dengan "die" boley timbul semula..
bertahun aku cuba padamkan semua perasaan dalam hati dan jiwa aku..
jauh aku lari..tapi x kurus-kurus gak dan bila aku mula mendapatkan kekuatan dan mengikis kenangan..perkara ini berbangkit lagi..ye ..memang aku ketawa di depan mereka..tapi hatiku menangis merindukan "die"
malam semalam, ketika aku mengeledah bilik untuk mencari dokumen penting..aku terjumpa ini

x silap aku..buku ni aku buat selepas pemergian die...

isi dalam???

 yang pula koleksi kami bergambar bersama rakan-rakan..(aku hanya ada satu keping je gambar berdua dengan "die" tapi entah mana aku campak gambar tu..mungkin tanda protes atau tertinggal di asrama matrik atau tertinggal nun jauh di sarawak sana..

 yang ni kad pertama die bagi selepas kami "berpisah" negeri buat kali ke 2..tanda protes pasal aku x send emel kat die

yang ni pulak..gambar yang besar tu..die hantar selepas beberapa bulan menyepikan diri di sekolah baru..
gambar kecik tu pula..gambar die bagi aku masa tu x silap aku nak pindah sekolah lain masa darjah 5

 yang ni pula..masa Form 3..maklum ler remaja kan..time tu semua berebut-rebut nak ada buku skrap/autograph masing-masing

yang ni paling istimewa...kad raya pertama yang akhirnya menjadi kad raya terakhir darinya (siap bg duit raya dalam tu..bukan banyak pun singgit je..)

ye..dia la cinta pertama buatku..
walaupun kasih kami tidak bertemu pada titik bersama..
namun aku sungguh terharu dan berbangga..
kerana aku lah cinta pertama dan terakhir bagi dirinya...

yang ini pula..kata-kata nasihat dari seorang sahabat..yang tidak mampu dan turut bersedih melihat aku berada dalam kemurungan dan bersedih selepas pemergiaan "die"...
TQ azi..

mungkin...mungkin jawapan pada jawapan kak long itu ada kebenarannya...
dan mungkin aku terlalu memilih..memilih untuk menerima orang lain yang 100% sepertinya...MANA MUNGKIN!!!!
11 tahun berlalu...
aku belajar menerima dan menelan hakikat yang sangat pahit untuk ditelan..
tapi..mahu atau tidak..suka atau tak..paksa atau rela...
HIDUP PERLU DITERUSKAN...

Abang,
terima kasih atas rasa cinta yang abang beri,
terima kasih kerana menerima diri ini seadanya,
terima kasih atas segalanya...
Walau kasih kita tidak kesampaian..
Walau kasih kita terputus ditengah jalan..
Walau harapan cinta kita berhenti separuh jalan..
Ain redha akan perpisahan ini..
Semoga roh abang tenang di sana..

"Ya Allah, tempatkanlah die dikalangan orang-orang yang beriman...
Al-Fatihah...


Wednesday 7 September 2011

Selamat Beraya

entry melekat sehingga aku naik cuti raya "7hb September 2011"



Sunday 4 September 2011

Alhamdulillah

03-09-2011
jam 11.00 pagi..
bertambah ahli keluarga kami...
Alhamdulillah..penantian Uda dan Kak lin selama 13 tahun berbaloi..sebab akhirnya..dapat juga baby girl..before this diorg dh dikurniakan 4 orang anak lelaki...
kak lin dah bersalin sekitar jam 11.0 pagi..tapi kami diberitahu akan kelahiran hanya pada jam 2.00 petang!!!!
jenuh menunggu di dewan bersalin...rupanya dah lama si kecik ngan ibunya dipindahkan ke wad..
kitorang siap buat double check untuk pastikan yang baby betul-betul perempuan..hehehehe
aku stayback di hospital sampai jam 7.00 malam,...
actually nak balik dah jam 2.00 petang, tapi kak long pula dalam perjalanan ke hospital..so kami menunggu hingga waktu melawat seterusnya..
disebabkan tiada siapa yang balik rumah, so kak long pergi la ke kota untuk mencari keperluan ibu da bayi..maka aku dan kuyul tinggal la di spital..jenuh ooo menunggu punye la lama..maka..aktiviti sengal pun melanda...


akhirnya jam 4.30 petang..barulah dapat jengah si baby..mak oii..sangat tembam itu orang..hehehehe..so inilah die..ahli baru keluarga kami...


cam muka mamy x????

insyaallah hari ni aku ke spital kembali..nak bawa balik baby..dan bermula la episod aku menjadi bidan baby selama 2 minggu..sebelum baby ngan ibu die balik rumah mereka...
Mudah-mudahan..kelahiran bayi ini membawa rezeki dan kegembiraan buat kami sekeluarga..
Amin...

Saturday 3 September 2011

Kronologi Aidilfitri 2011

Alhamdulillah..aku masih lagi diberi kesempatan untuk beraya bersama-sama ahli keluarga ku..walaupun mak dan abah sudah tiada..namun syukur pada Mu Ya Allah..kami masih lagi meneruskan tradisi yang sama..dan kami masih lagi berkumpul bersama-sama..ya..kami 5 beradik..kak long, uda, uteh, aku dan adik..

ramadhan terakhir

kami mula memasak, dan akhirnya segala juadah raya siap di masak jam 10.30 malam, waktu itu juga kami mengagihkan rezeki yang Allah kurniakan pada kami..kami agihkan kepada jiran-jiran terdekat..dan disebabkan persiapan raya kami mulakan secara berdikit-dikit, maka malam raya tidak la terlalu kelam kabut seperti tahun-tahun sebelumnya..malam raya juga bagai pesta bunga api, berlawan-lawan antara jiran kami..kami hanya menonton berdas-das bunga api..bagai menyambut kemerdekaan di stadium gamaknya..aku hanya belikan anak-anak buah bunga api sahaja....



menu raya tahun ni;
ketupat
burasak
ayam masak merah
kuah kacang
lodeh
rendang daging

hanya kami berempat yang menyambut raya bersama tahun ini..uda terpaksa beraya di rumah mertua berikutan ipar-ipar dia xde yang balik malam raya..so my SIL, kak lin ditugaskan membantu memasak di sana..

Raya pertama

pagi raya tahun ni tidak kelam kabut sangat, so dapat la bersiap sebelum acara rasmi berlangsung..yang lelaki ke masjid menunaikan solat sunat aidilfitri, yang perempuan pula sekadar solat sunat di rumah..lepas tu bersiap-siap, berhias bagai sambil menanti kepulangan kaum lelaki..arwah mak cukup pantang kalau pagi raya kami x salin baju yang cantik x kira la baju baru atau tidak..janji berbaju kurung, jgn harap boley berseluar atau pakai t-shirt semata-mata..
raya pertama, selepas pulang dari masjid, kami mulakan sesi bermaafan..tang ni paling la syahdu..nak-nak bermaafan sesama beradik..nak-nak la kami ni dh yatim piatu..maka syahdu tu meningkat sekali ganda..
selepas sesi bermaafan dan huluran duit raya..sesi fotografi pula..lepas tu yang lelaki menyertai marhaban lelaki..yang pompuan duduk rumah dulu..marhaban lelaki habis sekitar jam 2 petang..bermula jam 10 pagi..dan bergerak mengalunkan selawat Nabi sebanyak 25 buah rumah...
lepas tu..mana yang ada mertua..mula bergerak ke rymah mertua masing-masing..so tinggal la aku ngan adik di rumah...macam biasa la kalau dah nama raya..x sudah-sudah basuh pinggan, cawan semedang..









petang raya pertama baru le uda sampai umah, tapi die x dapat jumpe uteh disebabkan uteh dah berangkat ke rumah mertua pula.. tu pun anak dia yang sulong tinggal kat umah mertua dia temankan anak along my SIL..
tau je la bila bebudak lelai yang sedang membesar ni berkumpul..main..gaduh..main..gaduh..
tapi sejuk hati pasal tengok diorg solat magrib sama-sama..


Raya ke 2

pagi raya kak long, adik, fatin ngan kuyul pergi marhaban perempuan pula..kat blok aku ni..memang tradisi marhaban perempuan ray ake 2, pasal orang-orang blok x nak tangguh-tangguh..so untuk marhaban perempuan, aku wat kan diorg koktel je..tapi jadi rebutan pasal cuaca panas kan..buat 2 sukatan pun x cukup..sampai anak sedara suruh buat lagi..dalam tengahari pak long dan keluarga datang ziarah raya ..biasanya diorg datang petang raya pertama..tapi tahun ni datang raya ke 2..lepas tu kjitorang ikut diorang pegi beraya ke sening..cam biasa p rumah pak usu ngan mak usu, mak yah ngan pak mod xde balik kg..pak long ngan mak ngan sanang pun xde juga..so memerap la kitorang kat umah ucu sampai malam...kebetulan..mak uteh sekeluarga pun ada sama..so banyak jugak la kami bercerita..malam tu pulak..suami ha..sham gasak la bakar bunga api..so melonggok la kat pagola pak usu yang cun melecun tu..menonton bunga api...
sampai rumah sekitar jam 10.30...




 balik dari rumah pak usu..kak long suruh tutup lampu..dia cakap malas nak layan orang datang beraya..hahahahahaha..nak jadi cerita..tuhan nak tunjuk kat dia..datang pula sedara mara belah arwah abah siap ketuk pintu rumah lagi..tu la..nak mengelak sangat..rupanya sedara lama x jumpa yang datang...

Raya ke 3

pagi-pagi dah kena kerah ngan kak long..bangun masak..kami nak wat tahlil arwah mak abah kat rumah pak long..sekaligus beraya di sana..
menu:
nasi putih
ayam masak ungkep
ikan masak kicap
sambal ketuk
udang lemak nenas
burasak
rendang daging

lepas tahlil, kami berangkat ke kota tinggi pula..gara-gara si irfan nak jumpe "ATOK"...bukan atok mana pun..atok ni ha...


sampai sana penuh la pulak...nampak sangat ramai orang kota yang tak masak hari ni..hehehehehe..
sudahnya makan kat sini je..

sambil-sambil cari bahan tuk masak esok hari...
masyaallah..harga lauk-lauk basah kemain la mahal...
sudahnya aku beli bahan tuk buat spegeti je..

perjalanan diteruskan lagi ke rumah adik arwah mak..Pak Noh..
sebelum p rumah pak noh..singgah di masjid baru air tawar 2..wah...cantik betul masjid ni..
lepas solat asar..jumpe pulak pak noh kat masjid..dan sama-sama bergerak ke rumah dia..
alhamdulillah..jumpe juga dengan keluarga dia..



borak-borak..sampai pukul 6 petang..bergerak pula ke teluk sengat..p ziarah raya mak long pada my BIL ... then beraya pula di rumah anak angkat mertua kak long..di rumah sini la ada kes merisik berlaku...dalam ramai-ramai anak dara yang join ..boley pulak tuan rumah berkenan dengan kuyul...walhal kuyul baru 14 tahun...
sepanjang jalan balik rumah kitorg gelak kan kuyul..
malam..janji ngan kak long nak p rumah sepupu arwah mak...ada juga sahabat yang bagitahu nak datang rumah..dan aku dengan rasa dukacita terpaksa menolak kehadiran mereka..dan mencadangkan mereka datang beraya pada hari esoknya..dan malam itulah..mulanya episode selesema dan demam...

Raya ke 4

hari ni kami hanya di rumah semata-mata..
dalam demam dan selesema ni..aku gagahkan jua memenuhi kehendak anak tekak anak-anak buah aku..
konon-konon ingin buat sesuatu kalau-kalau ada sahabat-sahabat yang datang ziarah..
maka ketika ahli keluarga aku menziarahi pusara mak, abah, abang ngah, abang anjang dan nenek..aku bersama SIL memulakan agenda kami...
aku masak spegeti tuna, puding koko dan koktel..
My SIL masak sambal sardin, pekasam dan sayur kobis...
maka berbuntang lah kami sekeluarga kekenyangan..buruk lantak betul masing-masing...namun keceriaan kami diganggu gugat akan kehadiran 'mereka'..yang ni aku cite lain episod..

apa pun aku sangat gembira..meluangkan masa bersama keluarga ku..berkongsi suka duka bersama-sama..ketawa menangis mengamuk merajuk marah..gembira dan air mata...kak long, uda, uteh, adik..andak sangat-sangat sayang korang...seluruh jiwa andak hilang bila arwah mak pergi meninggalkan kita..namun kekosongan dan kehilangan itu..semakin hari semakin berkembang..dan semakin penuh dengan kasih sayang kamu..kamu..kamu..dan kamu...buat ipar-ipar ku, abang long, abang teh, kak lin...terima kasih sebab sanggup berkongsi suka duka susah senang bersama kami 5 beradik...buat anak-anak saudaraku...mizi, angah, atin, kuyul, irfan, asyraf, alia, nanan, imran, fahmi, aeman, qayyum, nazif, nazihah, baby dan wiwi...mak ani/andak/mamy sayang banget sama kamu-kamu......


"Alhamdulillah..aku panjatkan ke syukuran padaMu Tuhanku..atas anugerah tidak ternilai ini..Ya Allah ..aku bermohon padamu..agar ukhwah kami berpanjangan..dan jauhkanlah kami dari sifat hasad dengki dan fitnah manusia semasa hidup atau mati.."
Amin..