Wednesday 20 July 2011

Tahlil Mak dan Abah

22hb Julai ni Uda dan keluarga bakal mengadakan kenduri Tahlil untuk mak dan abah di rumahnya..plan asal..aku sebagai antara org kuat (konon-kononnya la) akan berada di sana petang 21hb..dan selepas majlis, kami plan nak ke laut meraikan majlis hari lahir anak ke 3 uda..
tapi skrg plan tinggal plan je la..
kak long dh merungut, xde orang tolong die masak ngan abg long..adik plak maybe x balik sebab ada lawatan sekolah..uteh pula..belum tahu dapat datang berikutan bapa mertua die ada masalah kesihatan...so nak x nak tinggal kak long, abng long dan kak lin saja..Jemputan agak ramai pulak tu...
Maaf ye korang..terpaksa tinggalkan korang berikutan menjalankan tanggungjawab sebagai sorang pekerja..maka wajib menghadirkan diri pada latihan tahunan...kalau i x keje..i xde gaji..kalau i xde gaji..i pau korg selalu, i x boley belikan korang apa2 lagi.....ha..mana korang nak????
buat anak-anak saudaraku (kak ngah, atin, kuyul, along, angah, irfan, bang de) jgn lupe tolong ibu ye...jgn tolong makan je tau..
mudah-mudahan majlis berjalan dengan lancar..
Amin..

Friday 15 July 2011

Alpa..

2 hari...
leka dan lalai..
apa nak jadi ni..
sedih..
keciwa..
marah..
pada diri sendiri...
kenapa???
mengapa???
lalai..
leka...
masih dibuai mimpi..
masih leka pada duniawi..
tanggungjawab???
sanggup tolak ke tepi...
alpa..
leka...
bangkit...
sedar..
ketuk kepala..
ketuk hati...
masih mahukan berterusan begini????

Training

Training Tahunan akan diadakan pada 20hb Julai 2011 sehingga 29hb Julai 2011..
azab..lama bebeno...itu pun still ada kelas malam..
badan dh mula flat...tekak rasa terbakar...bersin x sudah-sudah..
harap-harap sebelum p training..demam sudah kebah..

Thursday 14 July 2011

Seminar

hari ni menghadiri seminar di UniKL Kampus Pasir Gudang..
arahan big bos SKMM..
harap-harap seminar tidak membosankan..
dan harap-harap kami x sesat dan selamat sampai ke destinasi yang dituju..
dan yang paling utama....ada ilmu yang bermanfaat dapat aku pelajari di seminar itu nanti..
jangan aku jadi macam ni sudah...

Wednesday 13 July 2011

My Baby Demam

sian anak mamy..
demam..tapi masyaAllah..
kemain lasak..
ni sibuk bodek mamy die ni belikan sesuatu..
sabar ye sayang..bulan depan masa birthday mamy belikan..
belikan apa???
rahsia...:)

Mohamad Qayyum Zakuan...


????

Apa akan kamu lakukan sekiranya kamu mengetahui orang tua yang berpangkat bapa saudara kamu menjalin hubungan dengan orang lain..??
rasa seperti bersubahat..tapi die punye hak untuk berkasih lebih dari satu, cuma yang aku bimbang, cinta pihak satu lagi hanya bersandar pada saku sahaja...
kadang-kadang betul juga kata orang tua-tua..orang lelaki tidak boleh berduit banyak..mula la berangan nak buka cawangan baru...
bila teringat sang isteri di rumah yang setia melayan kerenah suami, aku rasa sayu dan sedih malah geram melihat gelagat orang itu..tolong lah..nak bergayut ke nak bergurau senda ke, tolong jangan di depan aku atau di kawasan tempat aku mencari rezeki...

love @ money???

bagaimana kiranya aku berada di situasi sang isteri???
mampu ke aku menahan rasa akan perangai sang suami sebegitu??
bagaimana pula kiranya aku berada di situasi orang ketiga???
tergamak ke aku mengganggu keharmonian rumahtangga orang lain??
ikhlas ke aku menjalin kasih dengan orang sepertinya??
mudah-mudahan yang berlaku berkesudahan dengan baik..
"Ya Allah, jangan la kau jadikan aku wanita yang merampas hak dan kebahagian wanita yang lain..."
Amin..

Tuesday 12 July 2011

Pergilah..pergi jauh-jauh

pergilah..
pergi jauh-jauh..
tinggalkan aku sendiri..
walaupun berat untuk ku hadapi..

pergilah..
pergi jauh-jauh..
relakan aku melangkah..
melangkah ke destinasi baru...

pergilah..
pergi jauh-jauh..
walau hakikat jauh..
dekatnya di hatiku...

pergilah..
pergi jauh-jauh...
berikan ku cinta yang baru..
sepertimana cinta mu dulu...

Alahai jiran

malam tadi aku mengalami gangguan tidur..bukan gangguan makhluk halus..tapi gangguan dari jiran yang mempunyai speaker yang tak tahu diperlahankan walaupun jam sudah menunjukkan 12.30 malam...
x salah kalau mahu menonton cerita, tapi tolonglah tolak ansur pada jiran-jiran anda..kalau siang hari kami x kisah..tapi di tengah-tengah malam...???
malam tadi niat nak tidur awal berikutan sakit kepala sepanjang hari..tengah sedap-sedap tido..dikejutkan dengan bunyi macam cerita perang..tapi dengar macam orang mengaji ..tapi sungguh hiruk pikuk..x tau la diorg tengok cerita apa..dah la bilik aku bersebelah betul dengan ruang menonton mereka..agak-agak la....toleransi sesama jiran...
sabar je la..arwah mak ajar kami toleransi..sabar..tapi x tau la mana arwah mak dapat kekuatan dan kesabaran macam tu sekali...
hampir hilang sabar juga aku..walau telinga di tekup bantal..masih boleh dengar speaker diorg...sabar je la..
"Ya Allah, kau buka kan la pintu hati jiran ku, agar tahu bertoleransi sesama jiran tetangganya yang lain.."
Amin..

Monday 11 July 2011

Qayyum Zakuan

budak kecik ni bukan anak kandung aku..tapi masih mempunyai pertalian darah malah bile besar kelak..boleh menjadi wali kalau aku bernikah...
Qayyum merupakan anak ke empat abg aku (uda) dan my SIL (kak lin)..
dari hari pertama hinggalah habis pantang, aku sama-sama menjaga qayyum..malah tido pun bersama-sama..sampai orang datang ziarah ingat aku yang dalam pantang...
waktu kak lin mengandungkan Qayyum, aku memang rajin ulit perut kak lin..bercakap-cakap dengan qayyum..sangat suka melihat qayyum menendang perut ibunya...
wah..aku yang sangat over..
qayyum memang aku jaga betul..bila kena kuning, aku la yang p hantar die hari-hari p klinik..aku ngan uda muka memang berlainan..sampaikan makcik-makcik dan nurse yang tak mengenali aku ingat kami suami isteri, siap ada sorg makcik marah kat aku jalan laju-laju dalam pantang...hehehehe..pengalaman..
aku rajin bagi qayyum dalam hari air rendaman kismis, bg die buah kurma dan anggur hijau..hasilnya..Qayyum memang anak yang cerdik..malah sangat menggemari kismis..
Qayyum memanggil aku "mamy", sedangkan abang-abang dan sepupu sepapatnya memanggil aku andak..kalau ada orang panggil aku andak..qayyum mesti marah..die ckp..bukan andak la..mamy..
bulan depan qayyum menginjak usia 4 tahun, dan bakal bergelar abang andak..bile kite nak ajar die dipanggil abang chik pasal die rendah..die x mau..die ckp yum abg ndak...
aku rajin mengaji dan mengalunkan zikir di telinga Qayyum diwaktu magrib..mungkin kerana itu qayyum sangat akrab denganku..keakraban sehingga qayyum menjadi anak yang sangat kuat merajuk..sebukan x jenguk die..die langsung x nak cakap ngan aku di telefon..kalau call..pasti die jawab " ayyum ajuk"...emmm..rindu betul pada budak kecik ni..
nama Qayyum merupakan nama cucu terakhir yang diberikan oleh arwah mak...jenuh juga mencari nama qayyum..sebab uda nak letak nama "salahudian Ayubi" tapi kak lin x mau..sudahnya arwah mak yang bagi nama Qayyum selepas menonton cerita berkenaan seorang peguam mualaf yang berusaha menjadi muslimin sejati..zakuan pula, adik aku yang bagi nama..pasal waktu tu die tengah giler kan pasangan pemain bola sepak kembar tu..


arwah mak suka panggil qayyum.."ya haiyu qayyum"..
gambar terakhir kami di rumah lama..arwah mak memegang qayyum yang waktu itu baru lepas hari..tapi alhamdulillah..qayyum masih mengingati arwah atoknya..bila aku tanya ni sape yg pegang ayyum..die akan jawab atok la..
Qayyum sangat suke bila aku marah, aku panggil die "muhamad qayyum zakuan bin mohd kucham bin mohd salleh bin mustafa bin musa!!!!"
ingatkan die x tau sape mohd salleh tu, rupenyer bile ibu die tanya die ckp "tu atok ayyum la"..
geram sungguh kalau si kenit tu bercakap..x padan dengan pelat..
esok plan nak p rumah abang selepas habis waktu kerja..dh sebulan tak ke sana..budak kecik tu mmg x nak langsung cakap ngan mamy die ni bile aku call..
rindu nyer pada die..
"Mamy doakan, Qayyum membesar jadi anak yang soleh, anak yang menghormati ibu bapa dan orang tua, yang patuh pada suruhan agama.."
Amin..

Sakit Kepala

Sakit kepala melanda..prestasi kerja menurun..
dari pagi tadi satu ape pun buat x menjadi..
tengah-tengah sakit kepala datang pula salesman nak buat demo..maaf la terpaksa menolak..karang x pasal-pasal barang-barang demo kena campak...maaf ye..


nak ambil MC x boley pula..petang ni ada kelas wanita..kesian pula pada yang baru mendaftar...xpe la bekorban demi anak bangsa dan amanah kerja..
"Ya Allah jika kesakitan ini sebagai peringatan kepadaku atas sikap alpa dan tidak tahu bersyukur atas nikmat yang kau berikan selama ini..aku redha Ya Allah..Ampunkan dosa-dosaku..jangan kau palingkan taufik dan hidayahmu dari ku..."
Amin..

I'm Addict To this Song..

Sunday 10 July 2011

Training Tahunan

Khabar-khabar angin dari rakan-rakan seperjuangan..training tahunan bakal diadakan sekitar 20hb atau 21hb ni...
kalau betul-betul pada tarikh ni..memang la menyedihkan..
sebab apa sedih??
sebab apa keciwa??
sebab 22hb, my brother (uda) buat tahlil mak abah kat rumah die..
bermakna kami 5 beradik wajib berada di sana..ditambah lagi abg long dengan kak long yang akan masak juadah kenduri..
aku awal-awal dah aplly cuti 22hb hingga 24hb, ditambah dengan 2 hari cuti mingguan pada 25-26hb..
asalnya lepas siap berkemas majlis tahlil..nak spend my time dengan family, nak bawa anak-anak buah ke pantai yang berdekatan dengan rumah uda..nak-nak sudah sebulan aku tak menjenguk "anak" aku.."Qayyum Zakuan"..sekarang ni qayyum memang merajuk habis dengan mamy die ni..telefon pun x nak cakap..asal telefon je..die jawab ayyum ajuk..mi x atang...
belum lagi si kembar..jarang-jarang dapat jenguk..
my baby "muhamad Qayyum Zakuan" waktu ni hari taya terakhir beraya bersama arwah mak

uda, uteh ngan kak long pun dah bising....sibuk mengalahkan YB..
nama pun keje..berkorban pegi promosi sana-sini, turut serta dalam program masyarakat..waktu cuti pun korban untuk semua tu....


Training pertama bersama Staff Fasa Pilot...sekarang ni hanya tinggal beberapa orang saja, yang lain berhijrah ke punca rezeki yang lain


harap-harap training di ubah pada tarikh lain..mudah-mudahan bermula selepas 22hb...tapi kalau dah diwajibkan pergi..pergi juga la..dah tanggungjawab pada majikan..xpe la..pergi atau tidak..ada training atau tak..mudah-mudahan kedua-duanya mendatangkan kebaikan..
Amin..



Love This Song


Lirik Lagu Meet Uncle Hussain feat Hazama AF9 – Pokok



Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok


p/s : lagu yang memberi maksud mendalam..

Baby datang ziarah

sahabat sekelas dan satu kerja datang melawat di tempat kerja hari ini, bersama baby boy..baru lepas habis pantang makcik ni..
minggu depan dah masuk keje..
alahai..betapa cepatnya masa berlalu..
masa makcik ni mengandung aku yang over x sabar-sabar..
bila baby dh keluar..sampai habis pantang..masih x sempat-sempat nak p jenguk..
sudahnya, ibu, ayah baby ngan kakak baby yg datang ziarah...
teruk tul aku ni..
masih ada 2 3 orang sahabat yang melahirkan tapi aku masih belum sempat nak ziarah..
yup..aku sangat menggemari bayi yang baru dilahirkan..bau die sangat sedap dan harum..waima baby tu baru lepas muntah...
sedap betul baby hakim tidur di pelukan aku...marah baby hakim bile aku cium dan gomol die..
alhamdulillah..dah 2 orang anak sahabat aku ni..makcik ngan suami die ni rakan sekelas masa di sekolah menengah dulu...memang x sangka mereka berdua bertemu jodoh...tapi dalam cover meng'cover'..masih x boleh lari dari aku...hehehehe..
macam-macam dugaan akhirnya bersatu juga..
sebagai sahabat..aku gembira melihat sahabat aku bahagia..
"Ya Allah, satukan hati mereka, limpahkan rahmat kepada keluarga mereka,bahagiakan mereka di dunia dan akhirat"..
Amin...

Mudah-mudahan

Mudah-mudahan hari ini lebih baik dari semalam..
dan hari esok lebih baik dari hari ini...
kamu..kamu..kamu...kamu...dan kamu...
sangat-sangat merindui kamu-kamu...

Ikhlaskah Aku??

Tujuan sebenar aku berblogging adalah semata-mata ingin menjadikan blog ini sebagai tempat luahan hati dan perasaan...
tempat aku mencatat kembali segala memori, kenangan, pengalaman hidup..
mudah-mudahan blog ini menjadi kenangan dan rujukan semula untuk diriku sendiri sekiranya Allah tarik balik nikmat mengingat dan mengurniakan aku sifat pelupa...
bukan menagih kasih atau perhatian dari sesiapa...malah aku sendiri tak tahu ada ke orang lain yang nak baca blog yang x seberapa ini...
blog ini juga sebagai panduan pada diriku sendiri agar sentiasa ingat asal usul diri..mengingatkan aku sekiranya aku alpa dalam nikmat duniawi..
dan sekiranya titik nokhtah itu menjadi hak mutlakku nanti..aku berharap..blog ini menjadi hadiah untuk tatapan wajah-wajah kesayanganku...agar kenangan sentiasa bersama..yang baik jadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan...
sesungguhnya aku hanya manusia yang sentiasa alpa tetapi sentiasa mengharapkan belas ikhlas dan rahmat dari Sang Maha Pencipta...
Mudah-mudahan aku ikhlas...
Amin..

Saturday 9 July 2011

SIHIR

sihir???
kamu percaya???
dulu aku memang x percaya habis akan sihir dan tahyul mahyul ni..
tapi apabila diri sendiri yang terkena..barulah percaya...
dan untuk kesekian kali..buat kali yang ke 4 aku disihir sekali lagi...
Masyaallah...
aku x tau kenapa manusia-manusia itu sanggup memperlakukan sebegitu kepada aku...apa salah aku..apa silap aku pada kamu....
betul kata along..hati manusia kita x tahu niat disebalik perwatakan...
kalau ikutkan rasa amarah ..rasa dendam dan kecewa..mahu saja aku pulangkan semula sihir-sihir itu kepada tuan empunya..namun aku ingat pesan arwah mak..arwah mak juga pernah disihir....hanya kerana manusia itu cemburu dan irihati gara-gara rumah baru kami...kesian sungguh aku melihat arwah mak menanggung kesengsaraan..ikutkan hati amarah aku, mahu saja aku menyerang manusia terbabit..tapi arwah mak selalu pesan..."orang buat jahat kat kita, kita jangan ulang balik kesalahan dan kejahatan orang tu, sama je kita dan die..maafkan kesilapan orang tu..doakan agar Allah bukakan hatinya agar insaf dan bertaubat"..
ye..aku ikut nasihat arwah mak..biarlah..biarlah Allah yang membalas..aku doakan manusia-manusia itu insaf dan Allah bukakan hatinya ke jalan yang diredhai...
Amin...

Terima Kasih Nenek

2 orang nenek..Nenek Gemuk mak kepada arwah abah..juga telah kembali kerahmatullah ketika aku berumur 11 tahun..aku x banyak memori dengan nenek gemuk..setahu aku die pandai memasak..rambutnya sungguh hitam berkilat..dan sangat lembut orangnya..memandangkan arwah abah meninggal dahulu dari nenek gemuk, maka kami jarang berhubung, disebabkan nenek gemuk tinggal bersama arwah mak siah..kini adikberadik arwah abah semua dh meninggal..yg tinggal hanya sepupu sepapat yg sgt jarang2 kami berjumpa...

nenek aji..nenek sebelah mak...arwah nenek aji sgt garang..terutama kepada cucu-cucu perempuan..arwah nenek org bugis..dan sangat2 menjaga adab dan tatasusila orang-orang melayu dulu2...kami cucu perempuan x boleh main di luar...tidak boleh bergaul dengan lelaki..tidak boleh itu..tidak boleh ini...sangat2 konservetif...
arwah nenek sangat memanjakan cucu lelaki..kami yang perempuan selalu kena cubit..kena bebel..kalau cucu lelaki semua boleh...arwah mak kata orang bugis memang macam tu..selalu memanjakan anak lelaki..anak perempuan selalu kena marah..arwah mak lagi la..dari kecik dah lali dengan bebelan nenek...
dikalangan cucu-cucu nenek..aku lah satu-satunya cucu yang selalu melawan balik apa yang die bebelkan..mak cakap perangai aku habis2 menurun dari perangai nenek sendiri...ye..aku memang kuat memberontak dan kuat melawan...paling aku x boleh lupe..kami bergaduh disebabkan nenek tidak setuju aku masuk ke sekolah berasrama penuh..alasan nya perempuan x payah belajar tinggi2..akhirnya ke dapur juga...
aku x puas hati..aku lawan balik..memang la masuk dapur..nak makan!!!! arwah mak hanya geleng kepala x mampu nak cakap apa-apa...
sudahnya aku mengalah..bersabar dan meneruskan sekolah di sekolah biasa...
arwah nenek yang mengajar aku mengaji...alhamdulillah usia 8 tahun aku sudah khatam dan lancar mengaji..tapi azab ketika belajar..tuhan saja yang tahu..tajwid x betul kena cubit..pakai baju terdedah sikit kena cubit..x lancar kena cubit..mengaji sambil menangis tu dh jadi makanan harian...
nenek x suke kisar lada kering menggunakan pengisar moden, nak x nak aku kena tolong die menggiling...atau menumbuk menggunakan lesung, parut kelapa menggunakan parut lama, nenek juga selalu tegur jangan buat macam tu..jangan buat macam ni..salah tu, silap ni..banyak sangat benda yang die tegur dan marah..kalau dulu aku selalu anggap nenek terlalu kuno..mengarut...
tapi kini..aku bersyukur sangat-sangat dikurniakan nenek seperti nenek aji...hasil didikan dia..aku mampu bergaul dengan orang lebih tua, aku tau buat itu dan ini tanpa arahan sesiapa, aku mampu berdikari, dan aku menjadi wanita yang masih tahu adab resam sopan santun...dan yang paling utama, aku mampu mengaji walaupun tajwid ku masih belum sempurna...
terima kasih nenek..
nenek meninggal ketika aku di tahun pertama pengajian..sebelum ke sarawak..nenek terlebih dahulu ditimpa musibah; angin ahmar..aku hanya mampu menjaganya seketika..dan aku masih lagi ingat, disaat aku mahu bersalam dan memohon kemaafan darinya, satu ungkapan die ucapkan padaku.."nak..nenek minta maaf, belajar sungguh-sungguh, jgn lupa adab resam kita, agama kita"..pada ketika itu lah aku melihat betapa arwah nenek adalah seorang insan yang penuh dengan kasih sayang...hanya aku yang selalu terlalu mengikutkan perasaan...
terima kasih nenek..
Hanya Allah yang mampu membalas jasa-jasa nenek..
Ya Allah..kau ampunkan dosa-dosa nenek..tempatkan die dikalangan orang-orang yang beriman...
Amin..

Friday 8 July 2011

Melekat Di Hati

aku bukanlah jenis yang terlalu taksub pada sesuatu perkara..
waima pada barang kesayangan mahupun pada seseorang..
kalau orang lain kadang-kadang terlalu mengagungkan artis kesayangan..aku masih belum lagi seperti itu..sekadar menggemari bakat pada seseorang itu sahaja..dan hanya mampu mengucapkan terima kasih di dalam hati atas kesanggupan mereka untuk berkongsi bakat yang dianugerahkan kepada org ramai..
ye..dari dulu hingga kini, satu-satunya artis kegemaranku hanyalah Anuar Zain..mengapa die? bukan kerana wajah tetapi kerana lagu2 yang sentiasa membuatku tenang...sekadar menggemari namun tidak la sehingga mahu menyimpan semua keratan gambar dan berita berkenaan die..
tapi kini..ada sorg lagi yg membuatku sentiasa mahu mengikuti perkembangan mereka..ye ..MEREKA...
pada mulanya..aku bukanlah peminat..malah sgt tidak mengambil tahu akan apa jua yg mereka lakukan..sehinggalah..apabila anak-anak saudaraku begitu taksub pada mereka dan menyuruh aku memuat turun segala cerita mereka..
kerana sayang aku ikutkan...dari memandang sepi sehinggalah akhirnya aku sendiri yg begitu menggemari mereka...
walau pun mereka bukan pendakwah...tetapi di dalam cerita lakonan mereka..ada 2 dialog yg diutarakan salah sorang dari mereka yang hingga kini melekat dijiwaku sehingga mampu membuatkan hatiku berfikir dan akalku berbicara...

Dialog pertama:
"benda macamni ko takut, ko x sembahyang buat maksiat x pulak ko takut"

Dialog kedua:
"dah la x sembahyang, tu pun masih sombong, berdoa pun x nak..doa la pada tuhan.."

ye..kalau pada orang lain..mungkin diolog2 itu tidak memberi kesan..tetapi padaku...Subhanallah..hanya dialog2 kecil..mampu membuatkan hatiku berfikir dan akalku berbicara...dan membuatkan aku kembali pada fitrah yg asal..
kepada kumpulan itu..kepada penulis skrip cerita itu..mahupun kepada krew2 cerita itu..beribu ucapan terima kasih ingin ku berikan..mudah-mudahan..kita sama-sama mendapat taufik dan hidayah dari Sang Pencipta..dan semoga kamu sentiasa di bawah payung keredhaan Ilahi..
Amin..

Sepi

entah kenapa..sejak 2 menjak ni..aku rasa begitu sepi..sunyi..kosong..
hati terlalu sayu..sedih..pilu..air mata sentiasa bergenang..malah hati aku selalu rasa terlalu pilu...
walaupun aku dikelilingi adik-beradik dan anak-anak saudaraku yg penuh gelak ketua dan jerit pekik..namun aku sepi..sunyi..
dulu...tiada istilah sepi dlm hidup aku..walaupun aku masih bersendiri sehingga kini..namun adanya wajah-wajah kesayang disekeliling..kesepian itu terubat jua..di pejabat..aku mengisi rasa kesepian dan kesunyian dengan pelbagai aktiviti di maya...waktu cuti..aku habiskan masa dengan memenuhi kehendak dan memanjakan wajah-wajah kesayanganku...mahupun menghabiskan cuti dengan menyertai program-program masyarakat..
namun...sekarang...
apa pun yg aku lakukan..kesunyian itu tetap beraja dihati...
apa pun yg aku lakukan langsung tidak memberi erti...
tiada nafsu untuk ke sana sini
tiada kehendak untuk menghiburkan hati..
tiada keinginan untuk bermain apa pun permainan di alam maya...
rutinku kini..office rumah..bilik..
waktu cuti hampir 20 jam sehari aku memerap di dalam bilik...
apa pun yg aku lakukan ..aku tetap merasa kekosongan dan kesepian...hinggalah satu ketika...
ketika aku menonton semula cerita-cerita mereka berulang kali
hinggalah di satu ketika
diwaktu azan subuh..aku tidak mampu untuk meneruskan lelap ku semula..
hinggalah satu ketika..hatiku sendiri menyanyikan baris2 lagu itu diwaktu jasadku meronta2 untuk menyambung tidur semula...
hinggalah satu ketika..aku merasakan kerinduan yg teramat sgt pada SAng Maha Pencipta...
Ya Allah..ampunkanlah dosa-dosaku...jika ini lah taufik dan hidayah mu padaku...aku bersyukur Ya Allah...kau bimbinglah aku ..kejalan yg kau redhai...
dan semuga penemuan cinta ini..bakal mengubati kesunyian dan kekosongan serta kesepian yg ku alami...
Amin..

Plan fOR tODAY

Alhamdulillah..
di Jumaat yang barakah ini..aku masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati keindahan dunia..
Hari ni, aku bercadang untuk bekerja separuh hari sahaja, berikutan mahu melunaskan segala hutang-hutang bulanan dan membawa kak long berbelanja barang2 dapur..ye..setiap bulan 2 minggu awal adalah giliran aku untuk membeli keperluan dapur..dan 2 minggu berikutnya adalah giliran kak long..
sudah hampir 2 tahun aku meneruskan kehidupan bersama-sama kak long dan keluarganya..dulu ada adik turut bersama kami, namun setelah adik menjawat jawatan sebagai guru tadika..maka tinggal lah kami berdua sebagai waris mak abah yg mendiami rumah pusaka...kami 5 beradik yg masih hidup. 2 lagi sudah meninggal dunia..walaupun sudah hampir 2 tahun kami menjadi yatim piatu, namun aku sangat-sangat bersyukur padamu Ya Allah, atas kesepakatan kami. Alhamdulillah kami tiada masalah dalam pembahagian hak dan harta peninggalan mak abah yg tidak banyak mana..kami masih sepakat dalam pemberian hasil kebun mak abah...masih lagi saling bantu membantu antara satu sama lain..dan mudah-mudahan Ya Allah..kesepakatan ini, kasih sayang ini sentiasa mekar dan erat di kalangan kami dan waris-waris kami....
Amin..
dan mudah-mudahan hari ini berjalan seperti apa yg dirancang..

Thursday 7 July 2011

Rindu

Sesungguhnya aku rindu..
Rindu pada allahyarham ibubapaku...
Rindu pada sahabat-sahabatku..
Rindu pada die yg pertama bertahta di hati ku dulu..
dan yang utama..
aku rindu pada rahmat dan kasih sayang dari NYA...


Bermula Semula

Alhamdulillah..
Akhirnya aku berani untuk memulakan semula menulis dan melahirkan hasil apabila hatiku berfikir dan akal ku berbicara...
Setelah 2 tahun menyepikan diri dari dunia blogging, sekadar menjadi pembaca senyap pada blog-blog kegemaran ku..akhirnya aku beranikan diri untuk memulakan semula apa yang telah aku tamatkan 2 tahun dulu..
Mudah-mudahan..aku terus berani dan kuat untuk melangkah ke arah itu..
dan Alhamdulillah Ya Allah..apabila kau kurniakan aku Hati yang mahu berfikir dan Akal yang mahu berbicara...Mudah-mudahan aku sentiasa dibawah payung keredhaan Mu...
Amin