Friday 19 August 2011

Tazkirah Pagi Jumaat


Alhamdulillah..jumpe kita lagi di hari Jumaat yang Barakah...
hari ni nak kongsi sesuatu yang aku perolehi dari salah sorang rakan sekerja..
mari sama-sama kita hayati dan selami serta jadikan pedoman dalam mengharungi perjalanan hidup...

Betapa BESARNYA nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan, tetapi betapa KECILNYA kalau dibawa untuk berbelanja di pasaraya

Betapa LAMANYA mengerjakan solat selama 15 minit, tetapi betapa SINGKATNYA kalau kita menonton filem selama 1.5 jam

Betapa SUKARNYA untuk mencari kata-kata ketika berdoa namun betapa MUDAHNYA kalau mengata atau mengumpat

Betapa ASYIKNYA apabila pertandingan bola sepak dipanjangkan waktunya namun kita MENGELUH ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit dari biasa

Betapa SULITNYA untuk membaca atu helai AL-Quran tapi betapa MUDAHNYA membaca 100 halaman novel atau majalah

Betapa BERIA-IA orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun LEBIH SENANG BERADA DI SAF PALING BELAKANG ketika berada di Masjid

Betapa MUDAHNYA membuat 40 tahun dosa namun alangkah SULITNYA menahan nafsu 30 hari ketika berpuasa

 Betapa SULITNYA menyediakan waktu untuk solat fardu namun betapa MUDAHNYA menyesuaikan waktu di saat akhir untuk aktiviti yang menyenangkan

Betapa SULITNYA untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam AL-Quran namun betapa MUDAHNYA untuk mengulangi gosip yang sama kepada orang lain

Betapa MUDAHNYA kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun betapa kita MERAGUI apa yang dikatakan dalam AL-Quran dan Sunnah 

Betapa TAKUTNYA kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat mengadapnya namun betapa BERANINYA kita berlengah-lengah untuk menghadap tuhan saat azan berkemundang

sama-sama kita renungkan..Wallahualam..







No comments: