Friday 26 August 2011

Kembara Ramadhan

Ahad lepas, aku joint PUTERI Parlimen Pengerang dalam Program Kembara Ramadhan..
aku ni x la aktif mana, cuma ada la kesedaran sikit dalam diri ni untuk terus pertahankan apa yang sedia dinikmati sekarang..

so aku amik EL pasal kawan aku bagitau pun last minit, mula-mula memang malas nak join, sekali fikir-fikir yang sepanjang bulan puasa ni, apa pun majlis Tadarus ngan majlis buka puasa semuanya aku x melibatkan diri..dan disebabkan program Kembara ni program menyampaikan sedikit cenderehati dan sumbangan kepada wanita-wanita di kawasan kami yang memerlukan..so aku ikhlas kan diri untuk turut serta..
mujur la kami dipecahkan mengikut DUN..
dan bermulalah Kembara kami di Kg aku sendiri..
x semua penerima tu aku ambil gambarnya, tau je la..kekadang tu kusyuk mendengar masalah mereka..
so ni la antara gambar-gambar yang sempat aku tangkap sepanjang kembara..
jangan tanya mana gambar aku..dah aku yang tukang petik gambar so memang la gambar aku tu nan ado...




 kami konvoi sebanyak 5 kereta sahaja


kalau ikutkan semua rumah yang kami pergi tu, kalau tengok fizikal memang la dalam hati akan bertanya-tanya..rumah besar pun dapat bantuan??? tapi kena la fikir positif..yang besar tu rumah mak ayah mereka..kesemua penerima menumpang di rumah keluarga...cuma sorang je yang duduk rumah sendiri..dan rumah itu sangat daif..insaf..
ini lah antara penerima sumbangan, rata-rata terdiri dari ibu tunggal, ibu tinggal, OKU dan keluarga yang kurang kemampuan...



lepas kembara menyerahkan sumbangan, kami bergerak ke Papan Timur..untuk bungkus pula bubur lambuk..

mengepak sekali ..bungkus bubur lambuk..

lepas zuhur, kami bergerak ke Tol Desaru..untuk penyampaian bubur lambuk dan bendera malaysia kepada pengguna Tol..sangat mencabar sebab terpaksa mengangkat berkotak bubur lambuk dari parking ke tol..boley tahan la jauh..panas terik pulak tu..
mula-mula ingatkan x ramai pengguna tol..alhamdulillah..x sampai 1 jam..selesai pembahagian bubur lambuk dan bendera malaysia...





dan sepatutnya petang tu program diteruskan lagi dengan program berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Air Tawar 4...tapi aku x pergi..flat habis..

Alhamdulillah..walaupun peranan kami tidak banyak mana, tapi kami berkongsi kegembiraan dan sedikit rezeki yang ada untuk diagihkan bersama orang-orang yang memerlukan..
dengan mengikuti program sebegini, menjadikan aku insan yang lebih mensyukuri akan segala nikmat yang aku kecapi dari aku kecil hingga lah sekarang..dan semoga segala kenikmatan hidup dan kesyukuran ini terus dinikmati oleh generasi seterusnya..

No comments: