Sunday 28 August 2011

Bubur Lambuk

Jumaat Lepas (26hb) diadakan program bubur lambuk dan kacau dodol di rumah salah sorang aktivis kampung aku ni..
ingatkan buat setempat je, memandangkan hujan turun renyai-renyai..dan kerana bimbang bubur lambuk akan dipenuhi air hujan berbanding bubur itu sendiri..so acara masak bubur lambuk dipindahkan ke rumah aktivis lain..
so disebabkan aku ni keje ngan komuniti, so kena la sama-sama menjayakan program..
siap-siap masak bubur lambuk, pegi pula jenguk orang wat dodol..la rupenyer kacau guna mesin je..ingatkan kacau cara tradisional..hehehehehe
dan aku ingatkan bagi bubur lambuk sahaja, rupanya sekumpulan makcik-makcik sedang menggoreng bihun dan mee goreng untu diagihkan sekali bersama bubur lambuk..
so dalam pukul 5.45 tu..acara bermula..
malas cakap banyak..tengok gambar je la ye..
maaf la kualiti gambar sangat tidak memuaskan..guna tepon cabuk aku je..
















YB balik je..kami cepat-cepat mengemas pula..sebab masing-masing nak balik berbuka puasa bersama keluarga..program tamat jam 6.45petang..alhamdulillah...program berjalan dengan lancar..

No comments: