Sunday 14 August 2011

Mimpi

2 malam aku bermimpi..
bertemu teman baru..
yang usianya muda dari ku..
entah mengapa aku jadi pilihannya..
walaupun tiada yang istimewa...
dalam mimpi tu..kami sama-sama berusaha menyemai kasih..
namun tiba-tiba muncul "dia"..
mengapa ye..setiap kali aku bermimpi berkasih-kasihan bersama org lain..
watak "dia" sentiasa ada..
adakala "dia" gembira melihat aku gembira..
ada kala "dia" kecewa melihat aku bahagia...
adakala "dia" melihatkan rasa cemburu..
adakala "dia" menasihati aku menerima...
kenapa ye..
11 tahun dah berlalu...
bukan aku x cuba..
jauh aku lari..konon-konon x mahu dikejar bayang-bayang memori..
aku tutup segala pintu, tingkap dan lubang-lubang halus yang ada di hati..
aku belajar untuk menerima realiti..
dan menelan kepahitan cinta..
namun..
setelah aku bersedia membuka semula pintu hati..
mengapa "dia" sentiasa menghantui???
Orang kata, bulan puasa, roh-roh manusia balik menziarahi sanak saudara...atau pun wajah-wajah yang pernah menjadi kesayangan mereka...
mungkin..
mungkin "dia" juga berbuat perkara yang sama...
ye..mungkin...
-m-u-n-g-k-i-n-

No comments: