Wednesday 12 October 2011

i'm back

wah..lama tul x menulis kat sini..
bukan apa..ada urusan lain yang perlu diberi perhatian..
apatah lg tengah sibuk ngan macam-macam perkara..
yang utama wat promosi pasal Latihan 1Malaysia..
yang lain2 tu cam biasalah..dengan persatuan NGO kat kampung ni..
ada gak orang cakap..nape nak penat-penat kan diri..sibuk-sibukkan diri ngan persatuan..
bukan dapat apa pun...
emm..entah ek..tiap orang ada pendapat sendiri..
tapi bagi aku..
kalau bukan kita generasi yang muda belia ni...muda sangat..x turun ..x sertai x ambil tahu apa yang berlaku dipersekitaran kita..sape lagi nak diharapkan..
kalau bukan kita yang sama-sama berbincang, bekerjasama memberi yang terbaik untuk masyarakat dan komuniti kita..sape lagi kan???
ye..memang betul..persatuan NGO ni xde gaji..free off charge..sukarelawan..suka ++ rela ....so apa pun bergantung pada niat ..
pada aku..nawaitu aku..selagi aku boleh menyumbang tenaga, buah fikiran..apa la salahnya..nak sumbang wang ringgit harta..emm..sendiri pun terkapai-kapai..so dengan cara itu je la aku bayar balik segala susah senang, suka duka generasi lama yang bertungkus lumus memastikan segala nikmat yang aku dapat, yang aku gapai pada ketika ini..agar generasi selepas generasi aku turut sama dapat menikmatinya...
politik???
mana-mana persatuan pun pasti ada agenda masing-masing,pasti ada perbalahan, pasti ada puak-puak masing-masing..
kalau kita asyik fikir apa yang kita buat x mendatangkan apa-apa pun pd diri sendiri..baik duduk rumah...berpersatuan ni bukan untuk nama atau isi poket sendiri..
sekiranya ada dalam sesebuah persatuan yang aku sertai tu ada perbalahan, ada puak-puak..senang je..jadi tengah-tengah..ambil mana yang baik, mana yang mendatangkan faedah untuk semua..bukan melaksanakan sesuatu yang hanya memberi kesan pada seseorang individu sahaja...
macam aku cakap sebelum ni..apa pun kita buat..semuanya berlandaskan niat di hati.. 
walauapapun orang nak kata..
selagi aku mampu, selagai aku dikurniakan kudrat oleh sang Maha Pencipta..selagi itulah..aku akan mencurah bakti pada tanah air, pada bangsaku dan yang utama pada agamaku...
InsyaAllah...

No comments: