Friday 18 November 2011

Yang Besar dan yang Kecil

minggu lepas minggu yang penuh dengan hari-hari yang menguji tahap kesabaran, ketabahan dan kekentalan jiwa dan sanubari aku..
minggu yang menyebabkan aku terkejar-kejar ke sana-sini..
minggu yang membuatkan aku ber'bahas" dengan seseorang..
minggu yang membuatkan aku pecah kepala untuk memberikan ucapan..
minggu yang membuatkan aku terpaksa menjadi bidan terjun menghadiri kursus dikala teman-teman yang lain indah bercuti..
minggu yang membuatkan aku berkenalan dengan rakan-rakan baru..
dalam kesibukan ini juga..sesuatu terjadi dikalangan kami..
gara-gara "mulut"..
gara-gara mulut yg tidak pernah setuju dengan hati dan akal..
atau mungkin gara-gara hati yang selalu bertelagah dengan rasa kasih sayang..
atau mungkin gara-gara kasih sayang yang telah berbelah bagi..
atau mungkin kerana sayang itu sendiri telah berlalu pergi...
wai ma apa sekali pun..
sebenarnya punca sangat kecil..
tapi diperbesarkan oleh mulut yang sangat suka menokok nambah ..
yang menjadikan sesuatu yang kecil itu menjadi begitu besar...
dan menyebabkan yang besar berfikir mereka lebih berhak dan berkuasa untuk menentukan segalanya...
yang besar berpendapat..yang kecil wajib menurut perintah dan wajib untuk menjaga hati mereka dan wajib untuk beralah sentiasa...
tapi silap..
ye..mungkin besar No2 kecil hati sedikit..maka besar No 1 menambah perisa..dan dibantu oleh perisa-perisa dari generasi besar No1 berikutan ketidakpuasan hati apabila kecil No 5 tidak mahu menurut perintah..
paling aku kesian adalah Kecil No 5 kerana terpaksa dan sentiasa berada dalam keadaan serba salah..
besar no 3 pula hatinya kecil..mudah mengalirkan air mata...dan kadang-kadang terlalu beralah..besar No 3 lembut hatinya..walaupun degil..MasyaAllah..
apabila besar No 2 kecil hati..maka besar No 1 mula memarahi besar No 3 dan Kecil No 5..tanpa pengetahuan kecil No 4...
tapi nama pun darah yang sama..apa yg berlaku kecil No 4 pasti tahu..dan selalunya kecil No 4 la yang selalu menjadi orang tengah...
walaupun sehingga kini masih ada rasa rajuk..rasa marah..rasa tidak puas hati di antara yang kecil dan yang besar...
namun harapan kecil No 4..agar yang besar dan yang kecil terus berpadu...
kecil no 4 telah berjanji dengan yang melahirkannya..agar sentiasa menjadi pendamai dan menjaga mana-mana yang besar apatah lagi yang kecil..
ye..kecil No 4 sentiasa bertekad..sekiranya sesuatu berlaku..kecil no 4 akan bawa kecil No 5 jauh dari mereka-mereka yang besar-besar..
walau apapa pun..doa kecil No 4 dan Kecil No 5...Besar No 1, Besar No 2, Besar No 3 , Kecil No 4 dan Kecil No 5 sentiasa erat berpegangan..agar bulatan yang ditinggalkan akan tetap bulat dan bukan menjadi segi...
Mudah-mudahan Ya Allah..
Kau Kabulkanlah hasrat dan impian kami..
Amin...

No comments: