Monday 12 September 2011

(T__T)

terasa lama pulak x update blog..bukan apa pun..kalau dh si Qayyum ada kat rumah..jgn harap la kesayangan  aku tu boleh bagi mamy die ni duduk depan laptop lama-lama...ni pun die dah tido..dapat la nak belek blog yang ntah apa-apa ni..

emmm..sebenarnya...
malam ni hati aku menangis lagi..
bukan kerana terluka, bukan kerana keciwa, bukan kerana amarah...
aku x tahu kenapa air mata ini tetap mengalir sungguhpun 11 tahun berlalu..
kisah bermula petang tadi..
pabila pulang aku lihat kak long dan anak-anaknya sedang sedap bersantai di pintu hadapan rumah..masuk umah je..aku nyampuk-nyampuk le cite diorang..tup-tup kak long bgtau satu cite...
kak long cakap die jumpe "mak mertua x jadi aku" di majlis marhaban..dan mereka boley pula bercerita pasal aku..dialog diorg lebih kurang camni la:

MMTJ : oh..awak ni kakak ani rupenyer...
Kak Long  : ye la..saya la kak long ani..ani tu kan yang kawan ngan anak cik dulu...

MMTJ  :  itu la..ani tu dah kawen ke sekarang??
Kak Long   : belum lagi cik....dah tua pun..(huhuuhuhuhu..ckp je la aku dh masuk kategori andartu)

MMTJ  :  ani tu baik orangnya..(kembang setaman jap) nape x kawen-kawen? 
Kak Long : die tu memilih cik..(x pasal-pasal aku plak yang memilih)..apa ntah yang die cari...

MMTJ  : apa lagi yang dicari..ani tu bagus budaknya (kembang lagi 2 taman)
Kak Long  : entah la cik..die tu dok tunggu anak cik...nak cari jodoh pun nak yang macam arwah anak cik tu...

MMTJ :  carikan la jodohnya tu..insyaallah ada lagi yang lebih baik...
Kak Long : InsyaAllah..

huhuhuhuhu..apesal la tetibe cite aku dengan "die" boley timbul semula..
bertahun aku cuba padamkan semua perasaan dalam hati dan jiwa aku..
jauh aku lari..tapi x kurus-kurus gak dan bila aku mula mendapatkan kekuatan dan mengikis kenangan..perkara ini berbangkit lagi..ye ..memang aku ketawa di depan mereka..tapi hatiku menangis merindukan "die"
malam semalam, ketika aku mengeledah bilik untuk mencari dokumen penting..aku terjumpa ini

x silap aku..buku ni aku buat selepas pemergian die...

isi dalam???

 yang pula koleksi kami bergambar bersama rakan-rakan..(aku hanya ada satu keping je gambar berdua dengan "die" tapi entah mana aku campak gambar tu..mungkin tanda protes atau tertinggal di asrama matrik atau tertinggal nun jauh di sarawak sana..

 yang ni kad pertama die bagi selepas kami "berpisah" negeri buat kali ke 2..tanda protes pasal aku x send emel kat die

yang ni pulak..gambar yang besar tu..die hantar selepas beberapa bulan menyepikan diri di sekolah baru..
gambar kecik tu pula..gambar die bagi aku masa tu x silap aku nak pindah sekolah lain masa darjah 5

 yang ni pula..masa Form 3..maklum ler remaja kan..time tu semua berebut-rebut nak ada buku skrap/autograph masing-masing

yang ni paling istimewa...kad raya pertama yang akhirnya menjadi kad raya terakhir darinya (siap bg duit raya dalam tu..bukan banyak pun singgit je..)

ye..dia la cinta pertama buatku..
walaupun kasih kami tidak bertemu pada titik bersama..
namun aku sungguh terharu dan berbangga..
kerana aku lah cinta pertama dan terakhir bagi dirinya...

yang ini pula..kata-kata nasihat dari seorang sahabat..yang tidak mampu dan turut bersedih melihat aku berada dalam kemurungan dan bersedih selepas pemergiaan "die"...
TQ azi..

mungkin...mungkin jawapan pada jawapan kak long itu ada kebenarannya...
dan mungkin aku terlalu memilih..memilih untuk menerima orang lain yang 100% sepertinya...MANA MUNGKIN!!!!
11 tahun berlalu...
aku belajar menerima dan menelan hakikat yang sangat pahit untuk ditelan..
tapi..mahu atau tidak..suka atau tak..paksa atau rela...
HIDUP PERLU DITERUSKAN...

Abang,
terima kasih atas rasa cinta yang abang beri,
terima kasih kerana menerima diri ini seadanya,
terima kasih atas segalanya...
Walau kasih kita tidak kesampaian..
Walau kasih kita terputus ditengah jalan..
Walau harapan cinta kita berhenti separuh jalan..
Ain redha akan perpisahan ini..
Semoga roh abang tenang di sana..

"Ya Allah, tempatkanlah die dikalangan orang-orang yang beriman...
Al-Fatihah...


2 comments:

RemoveMyName said...

alfatihah... yang dah pergi tetap dah pergi... walaupun mungkin payah nak lupakan, tapi insyaAllah, sebenarnya ada sesuatu hikmah besar disebalik semua yg terjadi...semua yang ada di depan mata kite, semuanya pinjaman drpd Allah.. dan Allah Maha Mengetahui apa yang telah Dia tentukan untuk kite... apa pun, jgn putus berdoa untuk dia dan untuk diri sendiri.. semoga semakin kuat dan tabah... patah tumbuh hilang berganti, tp yang tumbuh tak mungkin sama dgn yg patah..

Anggunz said...

tq bebeh..xpe.mesti ade yg lagi baik tuk akak nanti..:)