Saturday 3 September 2011

Kronologi Aidilfitri 2011

Alhamdulillah..aku masih lagi diberi kesempatan untuk beraya bersama-sama ahli keluarga ku..walaupun mak dan abah sudah tiada..namun syukur pada Mu Ya Allah..kami masih lagi meneruskan tradisi yang sama..dan kami masih lagi berkumpul bersama-sama..ya..kami 5 beradik..kak long, uda, uteh, aku dan adik..

ramadhan terakhir

kami mula memasak, dan akhirnya segala juadah raya siap di masak jam 10.30 malam, waktu itu juga kami mengagihkan rezeki yang Allah kurniakan pada kami..kami agihkan kepada jiran-jiran terdekat..dan disebabkan persiapan raya kami mulakan secara berdikit-dikit, maka malam raya tidak la terlalu kelam kabut seperti tahun-tahun sebelumnya..malam raya juga bagai pesta bunga api, berlawan-lawan antara jiran kami..kami hanya menonton berdas-das bunga api..bagai menyambut kemerdekaan di stadium gamaknya..aku hanya belikan anak-anak buah bunga api sahaja....



menu raya tahun ni;
ketupat
burasak
ayam masak merah
kuah kacang
lodeh
rendang daging

hanya kami berempat yang menyambut raya bersama tahun ini..uda terpaksa beraya di rumah mertua berikutan ipar-ipar dia xde yang balik malam raya..so my SIL, kak lin ditugaskan membantu memasak di sana..

Raya pertama

pagi raya tahun ni tidak kelam kabut sangat, so dapat la bersiap sebelum acara rasmi berlangsung..yang lelaki ke masjid menunaikan solat sunat aidilfitri, yang perempuan pula sekadar solat sunat di rumah..lepas tu bersiap-siap, berhias bagai sambil menanti kepulangan kaum lelaki..arwah mak cukup pantang kalau pagi raya kami x salin baju yang cantik x kira la baju baru atau tidak..janji berbaju kurung, jgn harap boley berseluar atau pakai t-shirt semata-mata..
raya pertama, selepas pulang dari masjid, kami mulakan sesi bermaafan..tang ni paling la syahdu..nak-nak bermaafan sesama beradik..nak-nak la kami ni dh yatim piatu..maka syahdu tu meningkat sekali ganda..
selepas sesi bermaafan dan huluran duit raya..sesi fotografi pula..lepas tu yang lelaki menyertai marhaban lelaki..yang pompuan duduk rumah dulu..marhaban lelaki habis sekitar jam 2 petang..bermula jam 10 pagi..dan bergerak mengalunkan selawat Nabi sebanyak 25 buah rumah...
lepas tu..mana yang ada mertua..mula bergerak ke rymah mertua masing-masing..so tinggal la aku ngan adik di rumah...macam biasa la kalau dah nama raya..x sudah-sudah basuh pinggan, cawan semedang..









petang raya pertama baru le uda sampai umah, tapi die x dapat jumpe uteh disebabkan uteh dah berangkat ke rumah mertua pula.. tu pun anak dia yang sulong tinggal kat umah mertua dia temankan anak along my SIL..
tau je la bila bebudak lelai yang sedang membesar ni berkumpul..main..gaduh..main..gaduh..
tapi sejuk hati pasal tengok diorg solat magrib sama-sama..


Raya ke 2

pagi raya kak long, adik, fatin ngan kuyul pergi marhaban perempuan pula..kat blok aku ni..memang tradisi marhaban perempuan ray ake 2, pasal orang-orang blok x nak tangguh-tangguh..so untuk marhaban perempuan, aku wat kan diorg koktel je..tapi jadi rebutan pasal cuaca panas kan..buat 2 sukatan pun x cukup..sampai anak sedara suruh buat lagi..dalam tengahari pak long dan keluarga datang ziarah raya ..biasanya diorg datang petang raya pertama..tapi tahun ni datang raya ke 2..lepas tu kjitorang ikut diorang pegi beraya ke sening..cam biasa p rumah pak usu ngan mak usu, mak yah ngan pak mod xde balik kg..pak long ngan mak ngan sanang pun xde juga..so memerap la kitorang kat umah ucu sampai malam...kebetulan..mak uteh sekeluarga pun ada sama..so banyak jugak la kami bercerita..malam tu pulak..suami ha..sham gasak la bakar bunga api..so melonggok la kat pagola pak usu yang cun melecun tu..menonton bunga api...
sampai rumah sekitar jam 10.30...




 balik dari rumah pak usu..kak long suruh tutup lampu..dia cakap malas nak layan orang datang beraya..hahahahahaha..nak jadi cerita..tuhan nak tunjuk kat dia..datang pula sedara mara belah arwah abah siap ketuk pintu rumah lagi..tu la..nak mengelak sangat..rupanya sedara lama x jumpa yang datang...

Raya ke 3

pagi-pagi dah kena kerah ngan kak long..bangun masak..kami nak wat tahlil arwah mak abah kat rumah pak long..sekaligus beraya di sana..
menu:
nasi putih
ayam masak ungkep
ikan masak kicap
sambal ketuk
udang lemak nenas
burasak
rendang daging

lepas tahlil, kami berangkat ke kota tinggi pula..gara-gara si irfan nak jumpe "ATOK"...bukan atok mana pun..atok ni ha...


sampai sana penuh la pulak...nampak sangat ramai orang kota yang tak masak hari ni..hehehehehe..
sudahnya makan kat sini je..

sambil-sambil cari bahan tuk masak esok hari...
masyaallah..harga lauk-lauk basah kemain la mahal...
sudahnya aku beli bahan tuk buat spegeti je..

perjalanan diteruskan lagi ke rumah adik arwah mak..Pak Noh..
sebelum p rumah pak noh..singgah di masjid baru air tawar 2..wah...cantik betul masjid ni..
lepas solat asar..jumpe pulak pak noh kat masjid..dan sama-sama bergerak ke rumah dia..
alhamdulillah..jumpe juga dengan keluarga dia..



borak-borak..sampai pukul 6 petang..bergerak pula ke teluk sengat..p ziarah raya mak long pada my BIL ... then beraya pula di rumah anak angkat mertua kak long..di rumah sini la ada kes merisik berlaku...dalam ramai-ramai anak dara yang join ..boley pulak tuan rumah berkenan dengan kuyul...walhal kuyul baru 14 tahun...
sepanjang jalan balik rumah kitorg gelak kan kuyul..
malam..janji ngan kak long nak p rumah sepupu arwah mak...ada juga sahabat yang bagitahu nak datang rumah..dan aku dengan rasa dukacita terpaksa menolak kehadiran mereka..dan mencadangkan mereka datang beraya pada hari esoknya..dan malam itulah..mulanya episode selesema dan demam...

Raya ke 4

hari ni kami hanya di rumah semata-mata..
dalam demam dan selesema ni..aku gagahkan jua memenuhi kehendak anak tekak anak-anak buah aku..
konon-konon ingin buat sesuatu kalau-kalau ada sahabat-sahabat yang datang ziarah..
maka ketika ahli keluarga aku menziarahi pusara mak, abah, abang ngah, abang anjang dan nenek..aku bersama SIL memulakan agenda kami...
aku masak spegeti tuna, puding koko dan koktel..
My SIL masak sambal sardin, pekasam dan sayur kobis...
maka berbuntang lah kami sekeluarga kekenyangan..buruk lantak betul masing-masing...namun keceriaan kami diganggu gugat akan kehadiran 'mereka'..yang ni aku cite lain episod..

apa pun aku sangat gembira..meluangkan masa bersama keluarga ku..berkongsi suka duka bersama-sama..ketawa menangis mengamuk merajuk marah..gembira dan air mata...kak long, uda, uteh, adik..andak sangat-sangat sayang korang...seluruh jiwa andak hilang bila arwah mak pergi meninggalkan kita..namun kekosongan dan kehilangan itu..semakin hari semakin berkembang..dan semakin penuh dengan kasih sayang kamu..kamu..kamu..dan kamu...buat ipar-ipar ku, abang long, abang teh, kak lin...terima kasih sebab sanggup berkongsi suka duka susah senang bersama kami 5 beradik...buat anak-anak saudaraku...mizi, angah, atin, kuyul, irfan, asyraf, alia, nanan, imran, fahmi, aeman, qayyum, nazif, nazihah, baby dan wiwi...mak ani/andak/mamy sayang banget sama kamu-kamu......


"Alhamdulillah..aku panjatkan ke syukuran padaMu Tuhanku..atas anugerah tidak ternilai ini..Ya Allah ..aku bermohon padamu..agar ukhwah kami berpanjangan..dan jauhkanlah kami dari sifat hasad dengki dan fitnah manusia semasa hidup atau mati.."
Amin..

No comments: