Wednesday 14 March 2012

Soalan @ Permintaan??

Tanggal 10hb Mac 2012 yang lepas, kami (aku+adik+kak long anak beranak) konvoi bersama Pak Long ke Majlis WalimatulUrus 2 pupu kami di Pontian..lupe plak apa nama Kg tu...
Menu majlis lain dari yang lain..
Nasi Minyak+Ayam Golek+Daging Kurma+Sambal Udang+Acar Darat+Rojak Buah...
so aku yg tengah pantang makanan laut ni..just amik ayam golek saje...baru nak cekut udang..my Kak Long dah jeling je..huhuhuhuhu
My 2 pupu ni kawen ngan org sabah..kami x berapa rapat sebenarnya..tapi mengenangkan time ni la dapat kumpul sedara mara belah arwah mak..aku join juga..
Paling x best..baju yang aku pakai..mesti sama tema ngan pengantin...
 my nenek, pakcik-pakcik dan makcik-makcik...aku lagi suka berbual dengan mereka-mereka dari berkumpul bersama sepupu sepapat..

Pengantin yang dirai..kedua-duanya Doktor...

'Us'

masa nak balik tu..salam-salam pakcik makcik..aku sengaja amik giliran yang paling akhir sekali untuk salam ngan nenek...walaupun bukan nenek belah mak atau abah..nenek ni nenek saudara je sebenarnya..tapi kami anggap seperti nenek kami..apatah lagi hanya die sahaja nenek yang kami masih ada...
masa nak salam..nenek tarik aku suruh duduk sebelah die...
"bila giliran awak pula? Adik-adik sepupu sorang-sorang dah naik pelamin"
"Sibuk la nek..xde masa"
"Sibuk tu sentiasa ada..nenek nak makan nasi minyak awak pula"
"........"
"Mudah-mudahan nenek dapat tengok majlis awak..tengok awak bersanding pula"
"Insyaallah nek"

x sanggup aku nak pandang mata nenek...aku salam dan peluk cium nenek...
sepanjang perjalanan aku berfikir...
adakah itu pertanyaan @ permintaan???
Mana nak cari weh???

"Mudah-mudahan Ya Allah..Ya Rahman Ya Rahim...kabulkanlah...sekiranya jauh..kau dekatkanlah..sekiranya tertutup..Kau bukakanlah...Amin Yarabbal Alamin"

No comments: