Wednesday 11 April 2012

Kepadamu Kekasih..

aku sendiri x mengerti dengan perasaan sendiri..
seringkali hati dan akal ku tidak mahu melangkah seiringan lagi..
seringkali mimpiku terganggu kerana detap jantungku ini..
seringkali jagaku penuh dengan emosi..

kerana dia..
aku menangis..
kerana dia..
aku ketawa gembira
kerana dia..
aku mula membina impian..
kerana dia..
rindu sentiasa bertandang di hati..
kerana dia..
aku tidak berani..
aku juga tidak yakin pada diri sendiri..

Ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang
sekiranya inilah destinasiku yang abadi..
destinasi yang memberikanku kebahagiaan dunia dan akhirat
kebahagiaan ketika susah dan senang ku..
kebahagiaan ketika hidup dan matiku..
kebahagiaan di dalam urusan duniawi dan ibadahku..

Satukan hati kami..
semaikan perasaan suci ini dihati kami..
permudahkanlah urusan kami..
kuatkan perasaan ini diantara kami..
 
Sesungguhnya Ya Allah..kepadamu ku berserah..dan kepadamu jua ku memohon pertolongan..Amin...

No comments: